SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU | VIDEO FILEM OMBAK RINDU

OMBAK RINDU
Sebuah filem yang diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.




Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Video Filem Ombak Rindu:

2 comments.. read them below or add one

aimi shahida aimi shahida 28 April 2011 9:45 PG
novel dy best ,
arap2 filem dy bestt ! :)
YAYA AZURA YAYA AZURA 2 Mei 2011 3:46 PTG
ombak rindu.. banyak kali jugak kak yaya khatam novel tu .. setiap kali baca sure nanges..hihi..

pastu sambungan novel ombak rindu ...cinta tiada akhirnya .. pun sama.. sedih...

filem nie tak tau la.. harap2 gempak ..