13 Apr 2011

Surat Pengurangan Yuran Pengajian


Ammar Yasir Bin Che Hassan,

306 Jalan Rajawali, Kampung Pulau Serai,

23000 Dungun, Terengganu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

En.Ahmad Suhaily Bin Mohd Salleh

Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik),

Kolej Teknologi Bestari. 12 April 2011

Tuan,

MEMOHON PENGURANGAN PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN

Saya Ammar Yasir Bin Che Hassan bekas pelajar Jurusan Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan(UTM) merujuk perkara diatas ingin memohon pengurangan pembayaran yuran pengajian.

2. Tujuan utama saya menulis surat ini adalah bertujuan untuk memohon jasa baik Tuan supaya meluluskan permohonan pengurangan yuran pengajian saya.

3. Untuk makluman Tuan, saya telah menamatkan pengajian saya di Peringkat Diploma atas sebab mendapat tawaran Ijazah dari Kolej Teknologi Bestari ini. Untuk pengetahuan Tuan, saya telah belajar untuk semester ini selama beberapa bulan sahaja dan tidak melebihi 2 bulan.

Akhir kata, semoga permohonan saya ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak Tuan. Atas perhatian dan jasa baik pihak Tuan saya ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

--------------------

4 ulasan:

Cik Ila berkata...

KTB ade degree eh??

AMMAR YASIR berkata...

ada je

manggosteen berkata...

send surat via blog ke?kekekeke

Sakura berkata...

lorrr...org tganu kee...same la kita :) dulu blajo kat dungun gop, tapi kat uitm dungun tu je..hehehe