Tips Tawan Traffik Dengan Nuffnang

Nuffnang Malaysia   Asia Pacific’s First Blog Advertising Community » About Us
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia blog Ammar. Kali ni Ammar nak kongsi satu lagi tips untuk membantu blogger meningkatkan traffik blog iaitu menawan traffik blog dengan Nuffnang. Teknik ini sesuai untuk blogger yang menggunakan Nuffnang dan ahli Glitterati.


Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu mengenai teknik menawan traffik blog dengan Innit. Innit merupakan salah satu cara Nuffnang menolong blogger untuk menarik traffik blog. Dengan menggunakan Innit, blogger dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung ke blog mereka.



Aspek paling penting untuk menarik traffik adalah pastikan post anda tersenarai dalam Featured Posts. Jika post anda tersenarai dalam Featured Posts peluang untuk mendapat Nang It yang tinggi lebih cerah. Semakin banyak Nang It semakin banyaklah traffik ke blog anda.


Bagaimanakah untuk tersenarai di dalam Featured Posts? Soalan yang sering terlintas difikiran blogger. Caranya sangat mudah iaitu postkan entri terbaru anda pada waktu tepat 12 malam kerana waktu itu semua Featured Posts lama akan dibuang dan digantikan dengan yang baru dipostkan. Jika anda post saat itu sudah pasti anda tersenarai di dalam Featured Posts.


Tetapi ingat! Pastikan tajuk post anda menarik kerana tajuk yang menarik boleh menjamin anda mendapat jumlah Nang It yang tinggi dan seterusnya tersenarai paling lama di Featured Posts. Semakin lama semakin tinggi traffik blog anda.

{ 16 comments.. read them below or add one }

berita sengsasi berita sengsasi 15 April 2011 11:23 PTG
menarik tertarik nuffnang kau memang de bo0o0m
Sharinginfoz Sharinginfoz 15 April 2011 11:29 PTG
pernah gak tersenarai tapi sekarang ni susah le,
Siti Fatimah Fuzz Siti Fatimah Fuzz 16 April 2011 12:38 PG
cik siti tak paham...innit tuu menda apa??under nuffnang gak ke?
gaung gaung 16 April 2011 1:16 PG
pukol12 malam..itu rahsianya yer.. cinderalla la nie.hehe tq tq..
jack jack 16 April 2011 8:22 PG
ow..ye ke...thanks ye...hehe
JAMALUDDIN ABU BAKAR JAMALUDDIN ABU BAKAR 16 April 2011 8:58 PG
Kalo nak tersenarai di Featured Posts tue..entry kena bagus la..guna tajuk yang menarik boleh tarik traffic ke blog..mcm nie..

15 CARA NAK DAPATKAN BUFFERED EARNINGS NUFFNANG

pagi nie jamal bukak nuffnang, then tgk dapat lg 1 BE, Alhamdulillah la kan..skang ade 4 BE running sekaligus kat blog..BE yg dh lepas ade 10..memang meriah..nak tips lain..Pm je jamal ye kawan2..

"Sharing is Caring"
r.o.s.i.e r.o.s.i.e 16 April 2011 10:21 PG
thanks f0r sharing...
duk pke mcm ne nk tingktkat nuffnang...
kuran je dr dlu..heheheh =(
Sya Isya Sya Isya 16 April 2011 3:07 PTG
dulu2 memang ada juga Sya buat cara ni, bukan stakat kat Innit, kat GB juga. Tapi, kadang2 tak semestinya jam 12 tngh mlm, pagi pun kdg2 boleh jadi featured post juga, cuma memang biasanya tengah malam ler.
seriwangi seriwangi 16 April 2011 3:14 PTG
saya selalu gak dpt msk kat futurepost tu, tapi tak semestinya trafik tggi.
titan titan 17 April 2011 12:16 PG
dah tau cara ni. Memang enjadi kadang-kadang.
Awan Biru Awan Biru 17 April 2011 7:55 PG
Nak cuba nak cuba. Tapi, ada tak cara auto? Susahlah nak sengkang mata hingga lewat malam.
riffzam riffzam 18 April 2011 12:45 PG
wah!terima kasih atas info ni bro! :)