4 Punca Utama Kegagalan Sesuatu Perniagaan

Financial Tools
Aspek yang paling penting dalam perniagaan ialah pemasaran. Pemasaran yang berkesan dapat meningkatkan lagi keuntungan sesebuah perniagaan. Asas kepada pemasaran ialah campuran pemasaran yang dikenali sebagai konsep 4P: product, price, promotion dan place. Punca utama kepada kegagalan sesebuah perniagaan adalah melibatkan konsep 4P ini.


Produk (Product)
-Produk merupakan aspek paling penting dalam sesuatu perniagaan kerana produk adalah penggerak kepada perniagaan. Tanpa produk sesuatu perniagaan tidak akan berjalan. Produk yang sesuai mengikut peredaran zaman biasanya akan kekal dipasaran manakala produk yang sentiasa sama dan tiada perubahan akan mudah untuk jatuh. Sebagai contoh produk kodak yang dahulunya mendapat permintaan tinggi tetapi apabila wujudnya kamera digital jualan kodak mula jatuh.

Harga (Price)
Harga yang berpatutan sesuatu produk dapat menjamin sesuatu produk bertahan lama dan mendapat permintaan tinggi. Harga haruslah sesuai dengan produk supaya tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Persaingan harga antara pesaing sering terjadi dalam perniagaan.

Promosi (Promotion)
Sesuatu produk perlulah dipromosikan kepada orang ramai untuk menjadikan produk itu diketahui umum. Sebagai contoh sebuah syarikat jualan kereta mewah mempromosikan produknya di website, televisyen, papan iklan dan sebagainya.

Tempat @ lokasi  (Place)
Lokasi memainkan peranan penting dalam perniagaan kerana boleh mempengaruhi kejayaan dan kegagalan sesuatu perniagaan. Lokasi perniagaan yang strategik boleh meningkatkan lagi jualan sesuatu produk. Sebagai contoh, kedai lampu hiasan mewah biasanya bertempat di bandar-bandar. Adalah menjadi sesuatu yang tidak logik dan tidak masuk akal jika kedai lampu hiasan mewah bertempat di kampung-kampung.

1 comment... add one now

YAYA AZURA YAYA AZURA 12 Mei 2011 3:55 PTG
ingat zaman belajar buss.management dulu-dulu ..hihi