Earning Tertinggi Dari Nuffnang

NuffNang_2.0-full
Kata orang menyelam sambil minum air. Memanglah niat Ammar blogging ni sekadar hobi dan suka-suka tapi alang-alang blogging ni Ammar cuba jugak letak iklan dekat blog ni untuk dapat income. Tapi sangat sedih dan kecewa dengan Nuffnang sebab earning yang Ammar dapat sikit je.


Hampir 5 bulan Ammar blogging inilah earning yang tertinggi RM19.43. Tak pernah nak merasa duit dari earning pun sebab tak pernah cashout lagi duit dari akaun nuffnang. Nak cashout tak cukup syarat. Kurang-kurang RM50 baru boleh cash out.
Untitled



Ammar sebenarnya hairan jugak kenapa orang lain senang-senang je dapat earning dari nuffnang. Sebulan sekali boleh cashout duit dari akaun nuffnang. Nak kata Ammar ni tak update blog Ammar pun update blog, nak kata tak update survey Ammar pun update jugak. Dimana silapnya? Siapa boleh tolong Ammar?



Memanglah duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Ammar bukan nak sangat duit dari nuffnang ni tapi sekurang-kurangnya nuffnang tolonglah hargai blogger-blogger macam Ammar ni. Iklan tiap-tiap hari jalan tapi duit macam tu je, langsung tak up dari akaun nuffnang ni.


Patutlah ramai blogger merajuk dengan nuffang ni dan bertukar kepada innity, mangga, SAYS.my dan advertlets. Ammar rasa nuffnang sepatutnya ambik berat hal ni sebab kalau asyik macam ni mungkin syarikat tu akan lingkup jugak akhirnya. Patutkah setia pada nuffnang?

{ 30 comments.. read them below or add one }

gaung gaung 5 Mei 2011 11:40 PTG
5bulan da dapat 20++..ok la tue..kami dulu 1tahun.tak sampai sepuluh hinggit pom..tapi sekrg da ok da sikit..cuba untuk setia hehe
Misshy Innz Misshy Innz 5 Mei 2011 11:41 PTG
kita , 2 tahun baru dpt RM25 .
haa lagi parah . haha xD
Dr Love Dr Love 5 Mei 2011 11:45 PTG
pakat curang beramai2.nuffnang dah eksyen.sebab hanya menarik perhatian pada blogger baru nk naik saja. sbb traffic diaorg masih di tahap rendah lg. kalau pd blogger traffic yg tinggi2,takut mereka rugi. sy sedang mengejar utk innity. moga2 ada rezeki. menci Nuffnang. pilih kasih !!!!!!!!! sebulan xde BE. hampeh..
huhu ~ saja je.tp dlm hati, tuhan saja yg tahu,bila setiap pagi jengah masih xdpt BE lg
JAMALUDDIN ABU BAKAR JAMALUDDIN ABU BAKAR 5 Mei 2011 11:45 PTG
Ammar...Jamal tengok traffic blog Ammar dah ok dah..maybe ade silap kat mana-mana nie..Jamal nak tanye nie, Ammar pernah dapat Buffered Earnings dari Nuffnang x..untuk survey tue ammar letak blog nie kategori blog ape..Politics/social ke

Contohnye Jamal, ade la dalam 5 Bulan jugak register ngan Nuffnang, Earnings Alhamdulillah dah ade dlam RM160.00..Kena banyak blajar lagi nie ammar..

www.jamaluddin.net
Tanpa NamaTanpa Nama 5 Mei 2011 11:51 PTG
benda nie pon nak kecoh, apa la...
www.fierapirot.bolgspot.com www.fierapirot.bolgspot.com 5 Mei 2011 11:52 PTG
yeke...dah ramai blogger kecewa gn nuff..singgah and follow u..=)
Nick Nick 6 Mei 2011 12:04 PG
keep up the goodwork dude :)
vviisshhnnuu vviisshhnnuu 6 Mei 2011 12:24 PG
dah 5 bulan Nuffnang dah bagi dkt RM700. Perkara Benar dah 3 tahun setengah ngan Nuffnang... Kesetiaan pasti terjawab tp traffik tu jaga lar...
Tanpa NamaTanpa Nama 6 Mei 2011 2:14 PG
Serius baik tukar jer!! Nuffnang pilih kasih, dia banyak bagi BE kepada blogger yg trafiknya rendah, bila dah meningkat ke 2-5k SEhari susah nk dpt earning dan be.. aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku.. suka hati kau lah nak pecaya ke tidak.. kalau pasang iklan trafik 1k sehari tapi apa pun xdapat buat ape kan.. baik buang jeR iklan tue.. aku skang ni guna advertlets baru pasang 4 hari skang kutipan aku dah Rm25.30sen aku bukan nak menghasut.. cuba ko fikir trafik byk2 tapi duit xjln2.. advertlets xpayah tunggu BE, setiap kali orang masuk blog ko selagi tu duit ko jalan.. jadi fikir2kanlah :)
Admin Darulamanku Admin Darulamanku 6 Mei 2011 7:56 PG
akum mypren...
tak earning pn takpe... janji bleh blajar banyak untuk tingkatkan trafik... kesabaran adalah penting.. untuk lebih kehadapan sekian...
titan titan 6 Mei 2011 8:52 PG
aku takde tips untuk dikongsikan selain daripada, teruskan usaha dan promosi setiap hari. Insya-Allah..akan dapat cek nuffnang tu nanti.
Thristhan Thristhan 6 Mei 2011 9:51 PG
Keep up the great work bro. Kejap lagi dah boleh withdraw :)
Miecyber Miecyber 6 Mei 2011 10:12 PG
Memang banyak aduan mengenai Nuffnang kebelakangan ini..

Tips Kejayaan
sabree hussin sabree hussin 6 Mei 2011 10:50 PG
setiap hari ramai orang daftar blog dan siarkan iklan nuffnang.. tak rugi punya company
JAMALUDDIN ABU BAKAR JAMALUDDIN ABU BAKAR 6 Mei 2011 11:01 PG
Sabar Amamr..ramai yang penghasut tue ade kat sini..ape dah..kalo nak keluar dari Nuffnang tue keluar je la..takyah nak hasut orang lain..

Rezeki masing-masing..dan nuffnang pun x halang sesiapa yang nak keluar..kalo rase x puas hati..keluar je la..tapi jangan burukkan Nuffnang sebab ramai lagi yang berjaya jana Beribu-ribu dengan Nuffnang..

Jangan pulak korang jeles, tetapi belajar dari diorg, rajin tanye dengan blogger otai2 nie..tapi tanye kat blogger yang x sombong je la, hehe..:-)

www.jamaluddin.net
Joyyah Joyyah 6 Mei 2011 11:36 PG
Joyyah Pun sama..Da berbulan blogging,dulu pakai Advertlets earning cantik jerk,tapi ramai ckp tak bayar,Joyyah tukar nufnang..Masalah Nuffnang ni tak bole nak tau bilenye BE dikira dan kempen BE dapat earning..sakit hati..Paling menyakitkat bila tiap2 hari,jumlah page counter tak sama dengan jumlah page clicks kat Nuffnang..1000 dekat page couter,kat Nufnang baru 700 lebih kurang...Jumlah unik klik takyah cita la,tah bape puluh jerk..macam tak munasabah..Tak caye,korang set page counter korang sama tak dengan counter clicks Nuffnang..Apepun,Joyyah masih lagi bersama Nuffnang untuk melihat kerenanh Nuffnang ni smpai bila dia nak cmni..Maaf eh buat karangan kat sini..nak luahkan perasaan nih..

Jom ke blog Joyyah:
http://joyyah.blogspot.com
alongxp alongxp 6 Mei 2011 1:09 PTG
@gaung
betul... aku setahun lebih br dpt 13++, bln lpas br dpt be, barula naek banyak ckit...
alongxp alongxp 6 Mei 2011 1:12 PTG
rileks...br 5 bulan, aku ni da 2 tahun, br dpt 40 lbh, saba la...jgn dikejarkn sgt... tensen nnt...
IyouweBlog.com IyouweBlog.com 6 Mei 2011 1:27 PTG
bagi saya, saya setia sebab blog ni bukan semata mata utk duit. untuk hobi dan untuk membantu orang. bersama dgn nuffnang sudah dekat 3 tahun!
Admin Admin 6 Mei 2011 2:28 PTG
bro,nak berjaya dengan nuffnang jangan cepat putus asa..aku selama join nuffnang,alhamdulillah diorang xpenah miss bayaq dekat blogger.Waktu diorang send cek pn tepat pada waktunya.

ko nak berubah ke adverlets?hati2 bro..ramai blogger yg merungut diorang bayar..huh

Macam Macam Ada
Aina Aina 6 Mei 2011 4:51 PTG
saya baru dapat singgit lebih.hahaha x pelah blogger picisan kata org.tapi pelik gak kalau otai2 pun dapat sikit.. mmmm kene tanya nuffnang sendiri ni.tunggu reaksi pihak mrk bila ramai otai2 dah larik...
Muhamad Luqman Hakim Mahmud Muhamad Luqman Hakim Mahmud 6 Mei 2011 5:25 PTG
kira ok la bro..hehe...sebab nk dapatkan earning memang susah da sekarang sebab ramai blogger baru
sLeepYhead sLeepYhead 6 Mei 2011 9:52 PTG
lek la der, saya ni nak kat setahun satu sen takde lagi.huhu..lagi sedey.tapi tetap setia ngn nuffnang..keke..kire ok la de jugak income kan..bersabo je la..
Aifa Afiqah Sulaiman Aifa Afiqah Sulaiman 7 Mei 2011 2:38 PG
saya dapat RM0.25 setelah mendaftar di nuffnang selama 2 bulan.... HAHAHAH!!
mad khaz mad khaz 7 Mei 2011 4:27 PTG
aku dah dekat setahun pon baru rm 0.50. trafik aku jage, tapi aku setia lagi la.
Cesc Aiman Cesc Aiman 21 Mei 2011 11:11 PG
erm salam ammar...nak share skit. sebenarnya, yg senang dapat BE dan pendapatan tinggi dari Nuffnang, adalah mereka2 yg trafik blognya rendah..percayalah, its true, bukan trafik tinggi seperti diwar-warkan..tapi rendah bukan bermaksud trlalu rendah, buktinya Aiman sendiri, blog suarasukan1mas.blogspot.com baru 52 hari launch (aiman start blogging 1 April), trafik giler hebat total page view dah 75,000, ammar boleh masuk n tgk sndiri, UV plak ikut statistik Nuffnanf minima 700 sehari. tapi global pun just rm10 (alhamdulillah, sbb dgr kata ada yg tak dapat pape)...BE baru semalam dapat 1, tapi yg mengecewakan, earning tak lebat mana pun..aiman update setiap hari, idea sndiri, jaga betul2 blog, sebulan hampir 40ribu viewers tapi Nuffnang sebenarnya nk cari yg trafik rendah, sebab diorang tak nak rugi. lingkuplah kalau dia letak kat blog yg trafik tinggi, buktinya, baru ni, kalau ammar perasan, ada rakan blogger kita tak ingat apa blog dia, Media Kini kalau tak silap, dia punya followers tak sampai seratus, dia sendiri cakap trafik rendah likungan 100-200 jer sehari, jarang2 update, aiman tgk april dia punya update 10 sahaja..tapi dia punya BE & metered earning dah 7 (dia cakap, wallahualam), tapi dia ada letak bukti..so, ammar fikir sendiri la...tapi aiman nak setia jugak la, sebab aiman masih baru, kalau ammar tgk innity, syarat dia lagi ketat, minima 100,000 view sebulan....rezeki masing2, itula aiman boleh kata...mmg sakit ati, sebab rasa tak dihargai, tapi insyaAllah, ada rezeki nanti..
http://suarasukan1mas.blogspot.com
the faceblog the faceblog 18 Jun 2011 12:28 PG
salam..
the faceblog just nak bg pendapat je.
bagi pihak kami,rasanya lebih baik kalau para blogger setia dengan nuffnang sementara menanti adv yg lbih mnarik.dulu pihak the faceblog juga ada menggunakan nuffnang,tp mmg betul ape yg dikatakan.traffic tinggi bukan faktor utama untuk mndptkankan be drpd nuff.sekarang pihak kami telah beralih kepada innity.keaadan juga sama walaupun innity membayar dengan jumlah yg tinggi untuk 1 klik iaitu lingkungn rm0.40-rm0.70.
moralnya,berbloglah mengikut niat msing2,kalau brblog untuk duit.teruskan usha untuk mndptkan duit.jgn putus asa & kalau brblog untuk keseronokan,just enjoy with your blog,duit Insyaallah akan menyusul kemudian

sekadar pendapat.
http://www.the-faceblog.com
tq-
hafiz hafiz 6 September 2011 2:11 PTG
ok la tu..akaun aku tak sampai singgit lagi..hehe
avam ming avam ming 24 November 2011 12:51 PTG
macam mane cara cepat nk dpt duit dr nuffnang ni ammar weh .. aku blogging dh setahun tp baru dpt rm80 iya .. hahahaa .. syukran ..