6 Mei 2011

Kepentingan Kamera Untuk Blogger

vg110black-lg
Setuju tak kalau Ammar katakan kalau nak jadi kaki blogging ni kena ada kamera? Setuju kan? Sebab dengan kamera bermacam-macam gambar kita boleh ambik dan letak dalam blog. Kan? Dan paling seronok dengan ada kamera kita boleh tangkap gambar dan tunjukkan bukti apa yang kita cerita dalam blog. Contohnya kalau kita bercerita dekat blog pasal kita pergi melancong mesti ada gambar kan baru orang percaya. Tak gitu? So, kamera ni sangatlah penting untuk blogger.

Olympus-VG-110-back-300x186
Dulu Abang Eqbal Zack ada berpesan kat Ammar blogger perlu ada kamera barulah senang nak update blog. Kalau time-time kekeringan idea nak bercerita dekat blog caranya tangkap gambar dan letak dalam blog dan seterusnya ceritakan pasal gambar tu. Senang kan? So, bagi blogger-blogger yang tak ada kamera lagi tu cubalah kumpul duit beli kamera sebab sangat penting untuk blogger. Senang kalau nak ambik gambar apa-apa. Tak payah nak copy and paste dari internet dah lepas ni.

Olympus-VG-110-Slim-Digital-Camera
Minggu lepas kebetulan Ammar ada duit sikit Ammar pun beli kamaera murah  ni. Jenama biasa je, Olympus VG110. Tapi berbaloi-baloi sebab harga RM439 je sekali dengan fungsi-fungsi yang menarik. Niat nak beli DSLR tapi buat permulaan ni Ammar beli yang murah-murah dulu. Lepas ada duit banyak sikit barulah beli DSLR pulak. Bestnya kalau ada DSLR.

6 ulasan:

Rozuan Ismail berkata...

setuju dengan ammarblogger kena bawak kamera setiap masa.nak tangkap detik indah

Puteri Iqa Izyan berkata...

betul3.

tp tadek jugak kamera sendiri.rembat mak ayah n adik pny je. haha ^_^

Puteri Iqa Izyan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syat0za Zai berkata...

jadi le, asalkan camera :D

Awan Biru berkata...

Kamera murah pun boleh pakai juga.
Awan setuju sangat. Sekarang ni tengah kumpul gaji nak beli dslr. Tapi buat masa ini, Awan guna kamera telefon bimbit saja.

Mama Zharfan berkata...

kamera dh jd satu keperluan--mcm handphone gak ;)