29 Mei 2011

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH BARCELONA VS MANCHESTER UNITED | UEFA CHAMPIONS LEAGUE FINALE 2011 29/5/2011

final
BARCELONA (3) – (1) MANCHESTER UNITED

Keputusan penuh perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah mengesahkan Barcelona sebagai Juara berganda. Pada separuh masa pertama perlawanan Barcelona dan Manchester United terikat seri 1-1 hasil jaringan gol dari Pedro(Barcelona) dan Wayne Rooney(Manchester United).

Namun, pada separuh masa kedua Barcelona berjaya lagi menambah gol pada minit ke-54 hasil jaringan pemain terbaik dunia Messi. Manchester United selepas itu dilihat semakin agresif dengan serangan berbahaya terhadap pasukan Barcelona namun serangan demi serangan berjaya dipatahkan oleh pasukan Barcelona.

Sekali lagi Manchester United dikejutkan oleh pasukan Barcelona hasil jaringan gol dari David Villa pada minit ke-69. Gol itu menjadi gol kemenangan buat pasukan Barcelona dan keputusan penuh perlawanan 3-1. Barcelona sekali lagi mencipta sejarah sebagai Juara Eropah.

Tiada ulasan: