Bagaimana Cara Untuk Membuat Teknik SEO?

seo3

Setelah membuat tips mengenai SEO di ENTRI INI ramai rupanya blogger yang belum tahu apa itu SEO dan bagaimana untuk membuat teknik SEO ini. Sebenarnya asas teknik SEO ni mudah sahaja kerana teknik ini boleh dilakukan oleh semua blogger jika ada kesungguhan.

Teknik SEO boleh dilakukan oleh blogger-blogger yang suka atau sering mengkaji dengan isu-isu semasa. Blogger seharusnya peka dengan isu-isu semasa untuk membolehkan blog itu sarat dengan entri SEO. Jika blog anda sarat dengan SEO maka mudahlah blog itu mendapat traffik yang tinggi jika kena pada caranya.

Teknik SEO boleh diibaratkan sebagai perniagaan. Perniagaan? Ya, perniagaan. Sebagai contoh Ali membuka sebuah kedai jualan kereta mewah di sebuah perkampungan. Sudah semestinya jualan oleh Ali tidak mendapat sambutan yang hangat kerana orang kampung terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Sebuah perniagaan itu seharusnya mempunyai permintaan yang tinggi untuk mendapatkan untung yang tinggi. Samalah dengan teknik SEO. Blogger seharusnya menulis entri yang mendapat permintaan yang tinggi untuk mendapatkan traffik yang tinggi. Itulah yang dinamakan SEO.

Sebagai contoh antara isu semasa yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia sekarang ialah Maharaja Lawak, Liga Super, video jaringan gol kelayakan Olimpik 2012 Malaysia vs Lubnan dan sebagainya. Ingat!!! Petua untuk membuat teknik SEO adalah perlu peka dengan isu semasa.

Selamat mencuba.

4 comments.. read them below or add one

Fay Fay 24 Jun 2011 10:45 PG
baru tau jugak pasal teknik SEO nih.. hehe
master slave master slave 18 Ogos 2013 12:11 PTG
kalau nak lebih maju dalam dunia blogging..kena belajar teknik seo nie