29 Jun 2011

CIRIT BIRIT

Assalamualaikum semua. Maaf sebab semalam Ammar tak update blog. Bukan tak nak update blog tapi keadaan yang tidak mengizinkan untuk update blog. Semalam dari awal pagi sampai malam Ammar sakit. Nak tahu sakit apa? Cirit birit. Hanya Tuhan saje yang tahu macam mana perasaan Ammar masa tu.

Perut sakit sangat-sangat dan tenaga banyak hilang masa tu. Sampaikan nak berdiri pun tak boleh. Solat pun solat duduk je. Bahaya jugak cirit birit ni kan? Ammar ingatkan cirit birit ni biasa-biasa je. Rupa-rupanya cirit birit ni boleh bawa maut.

Kepala tersangat-sangatlah sakit petang semalam sampai nak bangun pun tak larat. Nak buka laptop pun tak boleh sebab sakit teruk sangat. So semalam no entri. Hari ni baru ada entri sebab sakit pun dah beransur pulih. Esok dah nak bertolak pergi UPM. Harap-harap esok Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Ammar. Amin.

3 ulasan:

Cikgu Fikri berkata...

semalam pun aku sakit perut weh...
ntah aper ntah aku mkn...
hurm.......

AMMAR YASIR berkata...

Mungkin makcik kat kafe tu kot bagi racun..bhahahaha

Si DauN CeRi berkata...

betul2.. cirit-birit bole bawa maut kalau lambat ditangani. get well soon yaa n happy blogging!