Gambar Karikatur Utusan Hina Islam

kartun

Akhbar Utusan 17 Jun 2011 baru-baru ini jelas menunjukkan penghinaan terhadap Islam. Dalam satu dialog karikatur pada mukasurat 15 Utusan Malaysia yang bertajuk “Kekeliruan kes rogol” secara terang-terangan menghina Islam.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.


Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Tindakan Utusan Malaysia itu dikecam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.

Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia sebagai “Denmark Malaysia” ekoran penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” itu. Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah.

Untuk penjelasan lanjut mengenai berita ini KLIK SINI.

2 comments.. read them below or add one

fadhdeela fadhdeela 19 Jun 2011 2:02 PTG
kat opis ari tu ada jugak yg pertikaikan bnda nie..pelik la org2 skrg nie nape nak permainkan benda2 mcm nie..4org saksi itu adalah tertulis di dalam alquran..!! kita hidup berpandukan alquran so xperlu nak pertikaikan..sedih ngan org2 skrg!!!
zarazueyin zarazueyin 19 Jun 2011 3:10 PTG
hurm....macam2
harap pihak tertentu dpt perbetulkan supaya x jd kekeliruan nnti