26 Jun 2011

HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI DI JARI HARAM

inai-dijari-disulami-cincin
Sejak kebelakangan ini ramai masyarakat Melayu mengamalkan memakai inai di jari(pengantin lelaki) tanpa rasa bersalah sedangkan dalam Islam melarang lelaki memakai inai atau sebarang pewarna pada jari. Inai ialah perhiasan untuk wanita sahaja tetapi kenapa semakin hari semakin ramai dilihat pengantin lelaki memakai inai? Mungkin ramai yang tidak tahu hukum yang telah disyariatkan di dalam Islam.

Islam cukup sempurna jadi kenapa kita melanggar syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Semoga semua yang membaca entri ini tahu akan hukum lelaki memakai inai. Hukumnya adalah haram!!! Sama-sama kita ingat mengingati sesama Islam semoga mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

VIDEO USTAZ AZHAR: PENJELASAN HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI DI JARI

19 ulasan:

Azmira Yusof berkata...

tapi camane dgn jd kebiasaan setiap adat ? blur lagi

AMMAR YASIR berkata...

Maksudnya dah jadi kebiasaan pulak benda ni sekarang padahal di sudut agama ianya dosa. Samalah macam perempuan pakai seluar. Kalau sudut agama dosa tapi benda ni dah jadi biasa. Masyaallah!!!

Bila Ku Kata Cinta... berkata...

erk??? hehe..haram..my hubby ter'pakai mase weds aritu..3 jari terakhir

AMMAR YASIR berkata...

Yep. Haram.. ramai yang tak ambik kisah hal ni. Tapi hukumnya haram dalam Islam.

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

tq sudi perkongsi di sini ammar.Alahmdulillah..suami akak mmg tak pki inai masa kami kawen 9 thn lalu

ana raisya berkata...

owh ye ke...tq for info

AMMAR YASIR berkata...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) Bagus2...hehehe... Dulu tak macam sekarang, sekarang ni mudah sangat terikut2 dengan benda yang tak betul

AMMAR YASIR berkata...

@ana raisya Yep... U are welcome

iLa VaNiLLa berkata...

minta share.. ^^

Cik Pija berkata...

mohon pnerangan yg lebi lanjut, mcm mn klu laki pkai inai utk jd ubt? Inai kan baik utk kuku yg rosak. so, haram jg ke?

n komen psal kbiasaan prempuan pkai sluar sdgkan bnda tu haram... actly, knp haram? sbb mnyamai lelaki ke??

dreamygirl berkata...

bolehla pakai seluar..tapi kenalah menepati syarat2 berpakaiantu..-)

inai ni,baru fisrt time dengar lelaki xboleh pakai..thanq -)

AMMAR YASIR berkata...

@iLa VaNiLLa Silakan

AMMAR YASIR berkata...

@Cik Pija Untuk tujuan berubat diharuskan. Tak haram. Menjadi haram perempuan pakai seluar kalau menyamai fesyen lelaki dan ketat

AMMAR YASIR berkata...

@dreamygirl bOleh selagi tidak menyamai seluar lelaki, tak ketat, memutupi pinggul.

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

dah sebati adat melayu pengantin lelaki pakai inai.. baru tahu haram. Husband sy dulu masa kawen pun pakai juga tp memang takde sapa pun tegur pasal ni

Aishiteru ZhaFiza berkata...

assalammualaikum...minta share leh x...?mn tahu leh sebar2 kn pd kaum lelaki bakal pngntin...

~cik emmie~ berkata...

tak tau... haram rupanya..thanks ya.. sib baik hubby x mo pakai masa wedding ari tuh...

Decader berkata...

haram pakai inai Henna tu ke atau yg guna daun tu? atau pun pakai yg bercorak2?
aku pakai masa kahwin dulu. kat 3 jari kut.

sharidatulnadia berkata...

Assalamualaikum..

Di sini saya ingin berkongsi tentang keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu di atas seperti di bawah. Hukum - hukum yang tepat berhuhung dengan pelbagai isu boleh dirujuk di laman web di bawah:

http://www.e-fatwa.gov.my


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

3. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

4.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Diharapkan dapat dijadikan panduan kepada semua berhubung isu ini..TQ ..:..Wallahualam..