14 Jun 2011

MB Umum Terengganu Cuti Ahad Ini 19/6/2011

mat said kot sgkok
Kuala Terengganu: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan cuti umum seluruh negeri Terengganu ahad ini(19/6/2011) sempena kemenangan skuad bolasepak Terengganu menjulang Piala FA Sabtu lalu.

Cuti peristiwa itu juga sempena kejayaan kontinjen Terengganu yang muncul juara Sukan Malaysia(Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur buat kali ketiga berturut-turut.

Ahmad membuat pengumuman itu pada sambutan meraikan wira skuad Penyu dan Sukma di Dataran Shahbandar yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong.

Ahmad berkata cuti umum itu sebagai penghargaan kepada pemain Terengganu dan penyokong Terengganu yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada arena sukan tempatan.

Tiada ulasan: