20 Jun 2011

Pendahuluan Pinjaman Mara | Cara Memohon Dan Syarat Kelayakan

image_gallery

Syarat Kelayakan

Syarat dan kelayakan untuk mendapatkan Pendahuluan adalah:
  • Pendapatan kasar bulanan ibubapa / penjaga pelajar hendaklah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan. Walau bagaimanapun bagi ibubapa / penjaga pelajar yang berpendapatan melebihi RM4,000.00 sebulan, pertimbangan boleh diberi tertakluk kepada bilangan tanggungan mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan bagi Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA.
  • Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
  • Telah ditawarkan mengikut pengajian secara sepenuh masa di peringkat Program Persediaan / Pra Universiti atau Diploma atau Higher National Diploma (HND) atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di IPTS, IPTA atau IPMa di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP).
  • Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.
  • Pelajar yang ditawarkan ke pengajian IPTA adalah tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan pengajian di peringkat Program Persediaan / Pra-U di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP).
  • Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke Pejabat MARA Negeri dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan.
  • Permohonan Pendahuluan ini hanya boleh dibuat di Pejabat MARA Negeri yang terdekat mengikut alamat terkini pelajar.

UNTUK MEMOHON KLIK SINI

1 ulasan:

YAYA AZURA berkata...

bagus nie..budak2 nak masuk U boleh apply..kak yaya dulu Yayasan Trg bg free je RM1K .. sekarang tak tau la ade ke tak lagi ...