PIALA FA DAN SUKMA MILIK TERENGGANU. SYABAS!!!

Tahun 2011 menjadi tahun yang paling bermakna buat rakyat Terengganu kerana negeri yang indah dan permai ini telah dinobatkan sebagai Juara Piala FA dan Juara Hatrik SUKMA. Tidak pernah sebelum ini Terengganu menjadi juara berganda Sukan Malaysia(SUKMA). Tahun 2011 menjadi titik tolak kepada kemajuan dan kegemilangan sukan untuk Negeri Terengganu Darul Iman.


Semangat kesukanan yang tinggi para atlet Terengganu patut dikenang dan diberi penghargaan yang setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh mereka. Sikap yang tidak pernah berputus asa dalam kalangan pemain Terengganu semasa perlawanan Final Piala FA patut dicontohi oleh semua atlet seluruh negara.


Walaupun Terengganu diambang kekalahan kerana ketinggalan 1 gol dengan Kelantan, namun pemain Terengganu terus berusaha untuk menjadikan mereka Juara Piala FA. Akhirnya kata-kata azimat daripada Jurulatih Terengganu(Irfan Bakti) “bermain sehingga wisel penamat” menjadi pembakar semangat untuk pemain Terengganu dan seterusnya mereka bangkit dengan 2 gol dan seterusnya Juara Milik Terengganu.


Sama-sama kita lihat wajah keceriaan pasukan Terengganu apabila dinobatkan sebagai Juara Piala FA dan Juara SUKMA 2011.

PIALA FA AKHIR / KELANTAN VS TERENGGANU

SUKMA KL 2011

pix_middle

251605_217772851576787_100000322210941_739737_6708436_n

247220_217772714910134_100000322210941_739734_8383942_n

249891_217773018243437_100000322210941_739744_1018339_n

253652_217772941576778_100000322210941_739742_5586983_n

5 comments.. read them below or add one

MiZz ShINcHaN MiZz ShINcHaN 14 Jun 2011 6:37 PTG
Ganu da best...!!!
GANU NELANG...!!! :)