25 Jul 2011

AYAT-AYAT ROMANTIS YANG MEMBUAT WANITA CAIR KEPADA LELAKI

love heart
Secara asasnya terdapat 3 kategori ayat-ayat mengorat iaitu pertama Ayat Mengorat Berlapis, kedua Ayat Mengorat Romantis, dan ketiga Ayat Mengorat Terus Terang. Antara ketiga-tiga kategori ini anda mungkin tergolong dalam kategori manakah?

Ayat mengorat adalah sangat penting untuk seseorang itu memulakan perhubungan cinta. Ayat mengorat juga merupakan langkah pertama bagi seseorang yang ingin mendapatkan pasangan cintanya. Tanpa ayat mengorat anda mungkin susah untuk mendapatkan cinta. Mungkin lebih baik bercinta selepas kahwin jikalau anda tidak pandai menggunakan ayat mengorat.

Berikut adalah 3 kategori ayat-ayat mengorat:
Ayat Mengorat Berlapis
Lelaki yang menggunakan ayat berlapis ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup kecewa. Ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukan tuju ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara umum saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam awak”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengorat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.


Ayat Mengorat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“Saya baru faham erti cantik apabila melihat wajah awak”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, Ammar yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengorat.


Ayat Mengorat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan Ammar yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“Saya tahu saya bukan lelaki idaman awak, tetapi awak wanita idaman hati saya”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara langsung. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

19 ulasan:

Siti Nurazlinda berkata...

sangat comel ! <3 <3 suka suka

epics berkata...

takde sape sudi kawan dengan epics. agak2 ayat tu boleh tak tarik pengunjung wanita ke blog epics?

Cahaya Fajar berkata...

prnah kena yg 'sya ni tak de lah hensem sgt'...=)

yanadimple berkata...

laki biasele. pndai je puji sne sni. knun pmpn cair letttewwwww haha >.< thx shringgg :)


http://yanadimple.blogspot.com/

ana raisya berkata...

hihi cam tu pun ade...lgi2 ayt2 romntik tu..

Mohamad Fitri berkata...

haha =D
Fitri rasa lah kan.
Sume ayat kat atas tu sume dah tak melekat dah kat perempuan zaman sekarang ni.
Kecuali ayat si pemalu tu. InshaAllah boleh pakai.haha =D
Tapi lah kan, kalau tak ikhlas tak kan menjadi punya. Betul tak?

kertas80gsm berkata...

the best flirting line is :

"saya ada kereta BMW X^ rim 17 berkilat .. alaaa .. macam yand ada dalam majalah kereta tue ... awak tahu?"

or

"saya anak tan sri ......."

hahahha ... kalaw sudah cinta, tidak ada kata pun tiada apa ..

Tanpa Nama berkata...

ayat baru xde ke? haha... btw sesetengah tu masih releven ikut keadaan semasa....

asalkan si lelaki ni;

1. tidak berjanji palsu
2. tidak main kayu 3,4,5,6
3. jujur xde selindung walaupun gila sex.
4. terbuka dan tidak mengongkong
5. memahami si dia, dan x mudah naik angin.
6. jenis yg boleh slow talk walau ada masalah.
7. cuba luangkan masa walaupun sibuk, x kira artis or park guard.

UniMeOw berkata...

ooo baru ak taw...

very nice n3..! ;D

Tanpa Nama berkata...

saye suke jnis last..haha

zal berkata...

sbenarnya lelaki boleh menambat hati wanita itu dalam masa kurang dari 10 minit, tetapi lelaki itu mestilah mmpunyai ciri2 ini :-

1)ikhlas
2)niat di hati tidak permainkan perasaan wanita itu
3)jangan pernah sesekali cuba merosakkan ia
4)jagalah ia seperti mawar.
5)semaikn ia dengan keimanan
6)bersabar, wanita ni akan cepat cmburu, meradang kerana ia sememangnya keistimewaan yg dikurniakn, dngan itu lelaki yg lebih pnyabar ini akan dpt memahami.
7) yang paling penting - doa... "Ya Allah lindungilah hubungan kami, satukanlah kami, aku memohon dia adalah untuk ku, peliharalah hubungan kami sehingga dia adalah milik ku.. amin" sesungguhnya hanya dengan kelikhlasan hati.. satu perhubungan akan terpelihara dengan baik.. yg pnting ingt btas pergaulan... syaitan sememangnya suka melihat umat manusia hidup dalam kesesatan... jika cinta, apa tunggu lama2... minta la pda keluarganya cepat2 rezeki seseorang pda masa hadapan x siapa yg tahu.... kawin la ..... kalau keluarga pmpuan tu x setuju... bawak perempuan tu kawin kt mahkamah berwalikn wali hakim... jika seru dh smpai.... ^_^ hindarilah dari mempermaikn perasaan wanita, kerana ibu kita"wanita" kakak "wanita" mngkin suatu hri nanti anak kita pun "wanita"...

Tanpa Nama berkata...

Saya cintakan awak-Ayat yang paling sesuai untuk pikat wanita,direct terus.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah ayat betina dh zaman skrg..klau yg ade main gym tu,kau bukak je baju tunjuk kt betina tu..kompom kluar air trus betina tu..

Tanpa Nama berkata...

Hye awk

Danniel Kelvin berkata...

ok ayat semua blh pakailah tetapi sekiranya pempuan to tomboy cemna???comfirm tk cair punya

Danniel Kelvin berkata...

ok ayat semua blh pakailah tetapi sekiranya pempuan to tomboy cemna???comfirm tk cair punya

ZanKazama(ZanLin) berkata...

aku-ada-hati-dgn-sorang-pompuan-ne...tpi-aku-sorang-yg-pmalu...pompuan-tu-pun-jnis-yg-pmalu...ada-kah-ayat-yg-aku-boleh-pkai-tuk-pikat-dia...

makantai berkata...

thankss.....
say paling suka ayt yng last th...huhu

Miss Vee berkata...

This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!