23 Jul 2011

BAHAYA VIRUS LOGHAT TERENGGANU PADA FACEBOOK

facebook
Nampaknya semakin hari semakin banyak virus tersebar di alam maya ini. Semalam Nuffnang dah kena hack. Siapa punya angkara? Berita panas sekarang ni adalah penyebaran virus melalui facebook.
Semakin ramai yang menggunakan facebook jadi peratusan untuk virus itu tersebar adalah tinggi. Berhati-hati dengan virus facebook ini kerana boleh memberi kesan buruk kepada komputer anda.
Terbaru 2 orang kawan Ammar dah kena virus facebook ni dan laptopnya terpaksa di format. Selepas format langsung tak boleh buka facebook lagi. Bahaya kan virus ni?
Berikut adalah virus yang tersebar di facebook melalui chat:
Hi. How are you?

Wanna laugh?

It is you on the video?)) want to se?)

Tapi macam mana kalau dia tukar virus ni dalam loghat Terengganu?
Guane gamok orang kite?

Mung nok suka selok ke?

Mung tengoh buka video? Mung nok tengok ke?


Nota Kaki: Kepada penyebar virus tu kreatif lah sikit nak bagi virus tu. Buat lah dalam pelbagai bahasa barulah senang orang nak faham. Lalalalala

6 ulasan:

Nazihah@Jiha berkata...

Salam alaik.

tengok tajuk saya jadi hairan ^_-

sekali baca,nak ketawa pun ada :)

entri ni..mcm nak menggalakkan penyebar virus terus buat lagi...hihi

Awan Biru berkata...

Semakin canggih dunia siber, semakin rintang pula virus yang dicipta. Dunia dunia...

Wyna Nubies berkata...

As Salam,

entri ni sengal.sekian.haha~

p/s : slalu kalau wyna dpt chat camtu..terus padam jer..dh tau dh..huhux~

Cute Girl berkata...

ramai kawan fb sy dah kena sb salah mereka jugak on chat,sy nmpk mesej ni kat chat terus delete je,tp hacker tu cerdik dia tau sy x layan dia terus dia of9,hahahaha

anamizu berkata...

guane mung??? hik3



salam kenal dr cik ana ^____^

Chris berkata...

Aku pun kena bro hehe..bodoh nya aku. dia tulis kat ruangan chat sama persis yang bro tulis tu.

Hi. How are you?
Wanna laugh?
It is you on the video?)) want to se?)

pastu tu dia bg link video youtube ,apalagi aku klik lah link tu.kat tajuk video tu dibubuh nama kat profile aku kat facebook jadi hero.mana aaku tak excited nak tengok. tp masalah video tu tak dapat bukak ,so kalau nak tengok terpaksa download adobe flash plugin latest version dan link tu ada tersedia ruangan video tu,apalagi,aku klik lah..pas download aku install tiba tiba laptop aku padam sendiri..buka je pergi ke safe mode berterusan..(anti virus pun teiba je mt,tak berfungsi) apalagi terpaksa format. Nasib semua dah pulih sperti sedia kala sekarang.