1 Jul 2011

Bermula Hidupku Sebagai Seorang Pelajar UPM

80591239951312postguard

Hari ini 1/7/2011 bermula episode baru dalam hidupku. Akhirnya aku bergelar sebagai seorang pelajar Universiti Putra Malaysia. Banyak ranjau yang perlu aku tempuhi sebelum memasuki universiti. Lepas STPM dapat result ok tapi tak dapat jugak masuk universiti dan sambung Ijazah. Barulah aku tahu sebenarnya SPM sangat penting.

 

Aku tidak putus asa dan mengambil keputusan untuk mengulangi balik peperiksaan SPM. Alhamdulillah keputusan memuaskan. Aku terus memohon untuk sambung Bacelor. Akhirnya aku ditawarkan Bacelor Pentadbiran Perniagaan di UPM.

 

Impian yang aku tanam sejak kecil akhirnya tercapai. Aku telah bergelar seorang pelajar universiti. Syukur Alhamdulillah. Aku sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengabulkan niatku untuk belajar sehingga menara gading. Walaupun lambat aku tetap bersyukur. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian.

 

 

P7010117

Semasa sesi pendaftaran di UPM.

P7010120

 

P7010112

 

P7010115

 

P7010116

 

 

P7010124

Inilah bilikku. Alhamdulillah luas dan selesa sebab 2 orang je satu bilik.

P7010125

 

P7010126

 

P7010127

 

P7010129

 

P7010121

 

P7010122

 

P7010123

 

 

Nota Kaki: Jangan cepat putus asa sebelum mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki sebaliknya terus berusaha sehingga perolehi apa yang kita kehendaki

27 ulasan:

azwa amani berkata...

wahhh...dah jadi student dah.. kira adik lah ni ek.. huhuhuhu.. ermmm.selamat menjalani kehidupan di universiti :)

pamie berkata...

tahniah ammar, sekarang kena ada goal baru la sebab dah jadi student..goal after ur graduation..

congrets!


Aku Anak Labuan

shaker berkata...

wah.. cantik nya bilik.. kolej mana tu.. dulu duk K5 bilik xsecantik dan sekemas dalam gambar..

tetiba pulak teringat masa masuk upm tahun 2008 dulu... semoga succes ya...

Princess Feyqa berkata...

cantiknye bilik kt upm :( bru semangat nk blaja kn? if kt UM bilik kt kolej2 lame sngguh usang! huhu

Halusinasi berkata...

tahniah!! memg best dapat jadi pelajar Universiti.

saya pun setahun menganggur, pastu dapat sambung ijazah kat USM. Tak sabar nak daftar bulan 9 ni^^

wanie m'nJ berkata...

congrats!!
hari tu baru dtg fakulti pendidikan UPM, lawatan.
rasa mcm nak masuk UPM je, tp kos yg saya nak x de dlm UPM..

NadiRah berkata...

alhamdulillah..
eh, siap ada sempadan ek satu bilik..
kat UTM pon 2 org satu bilik..
tp x buat sempadan pon..huhuh

Cikgu Fikri berkata...

wah....
ada sempadan?
tapi cm takder ukhwah jerk nanti...
(macam jerk lah...)
anyway, tahniah :)

Puteri Iqa Izyan berkata...

bilik best!!! ^_^

zalin onceitalk berkata...

waaa..tahniah2..duk kolej mane tu erk?

AMMAR YASIR berkata...

@azwa amani ADIK lah kot...hehehe...stdy kat UPM jgk ke?

AMMAR YASIR berkata...

@pamie Betul tu...terima kasih sebab bagi semangat

AMMAR YASIR berkata...

@shaker Kolej International Student... Terima kasih

AMMAR YASIR berkata...

@Princess Feyqa betul betul betul...persekitaran jgk boleh pengaruh semangat utk beljar

AMMAR YASIR berkata...

@Halusinasi Thanks...bestnya USM... Tahniah

AMMAR YASIR berkata...

@wanie m'nJ jangan memilih sangat kos tu...masuk je sini...best tau

AMMAR YASIR berkata...

@NadiRah tu lah..geram betul..nak sembang2 pun susah

AMMAR YASIR berkata...

@Cikgu Fikri bhahaha...lawak2.... geramlah, rasa macam nak cabut je sempadan tu...hahahaha

AMMAR YASIR berkata...

@Puteri Iqa Izyan best lah jugak

AMMAR YASIR berkata...

@zalin onceitalk Kolej 15 kot.... international student college

niazis berkata...

wahh..tahniah2 blh sambung upm..^_^

ShafiqIzwan berkata...

tahniah bro!!!

mizzkechique berkata...

tahniah..

dulu sy pun duk kolej ni.. K16.. =)

AMMAR YASIR berkata...

@niazis Terima kasih

AMMAR YASIR berkata...

@ShafiqIzwan Terima kasih,,hehehe

AMMAR YASIR berkata...

@mizzkechique Terima kasih. Owh..pelajar UPM jgk eh?

Tanpa Nama berkata...

ni kolej 12...untung laa dpt duk blok tu, blok tu bilik besorr