HARI INI RABU TERAKHIR

kalendar

Semakin hari semakin jauh waktu meninggalkan kita. Masa yang berlalu tidak mungkin dapat diundurkan kembali. Masa begitu cepat berlalu hari demi hari. Sedar tidak sedara Ramadhan semakin menghampiri kita. Bulan yang mempunyai seribu nikmat dan keistimewaan bakal kita tempuhi bersama.

 

Hari ini merupakan hari rabu yang terakhir sebelum fajar Ramadhan menjelma. Mungkin ini adalah rabu yang memberi seribu makna kepada kita bahawa rabu ini tidak mungkin kembali lagi jika masuk kepada hari esok dan lusa. Setiap detik kita menghitung hari. Sehingga berakhirnya sebuah kehidupan.

 

Selamat datang Bulan Ramadhan. Semoga bulan itu memberi seribu makna kepada kita semua. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita selama ini. Bersama-sama kita mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Sesungguhnya bukan mudah untuk menemui malam itu. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menemui malam itu. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang terpilih.

6 comments.. read them below or add one

H.J H.J 27 Julai 2011 8:16 PG
terasa rindu dengan bulan ramadhan
Nazzue Nazzue 27 Julai 2011 8:17 PG
Banyakkan amalan dibulan ramadan yang penuh barakah...
r.a.firdausi r.a.firdausi 27 Julai 2011 11:15 PG
Bulan ramadhan yg dinanti tiba...:)
Queen F Queen F 27 Julai 2011 3:26 PTG
selamat berpuasa ammar :) jgn ponteng puasa.. :D hekhekhek :D