13 Jul 2011

Jalan Pintas Untuk Berjaya Dalam Dunia Blogging

5452331720_86934a4c75
Setiap orang memang suka mencari jalan pintas dalam pelbagai aspek. Contohnya jalan pintas untuk berjaya, jalan pintas untuk cepat sampai ke sesuatu destinasi dan jalan pintas untuk kaya. Tetapi adakah setiap orang yang memilih jalan pintas itu betul atau tidak?

Seperti gambar di atas ni, adakah tindakan melalui jalan pintas ini betul atau silap? Semestinya tindakan ini tidak betul kerana jalan pintas itu boleh membawa kepada kebinasaan. Semakin hari semakin ramai blogger yang muncul di dunia blogging ni tetapi jarang kita jumpa blogger yang memilih jalan pintas yang betul untuk berjaya. Ammar sendiri pun belum menemui jalan pintas yang betul-betul boleh berjaya dalam dunia blogging ni.

Tetapi Ammar sangat kagum dengan seorang blogger yang bernama Ben Ashaari kerana beliau adalah seorang blogger yang berjaya menemui jalan pintas untuk berjaya dalam dunia blogging. Kalau nak dibandingkan ramai lagi blogger yang lebih otai tetapi tidaklah sehebat Ben Ashaari. Otai tidak bermakna seorang blogger itu berjaya.

Jalan pintas untuk berjaya adalah usaha yang kuat. Tanpa usaha yang kuat kita tidak mungkin menemui jalan pintas untuk berjaya seperti Ben Ashaari. Jika nak dibandingkan Ben Ashaari dengan Ammar ni jauh bezanya dari segi usaha. Walaupun blog Ben Ashaari tu dah dikenali ramai tetapi usahanya tetap kuat untuk terus berjaya dan berjaya. Sehari berapa entri? Jauh jurang perbezaan dengan blog Ammar ni kan?

8 ulasan:

yatie Awang berkata...

kita boleh belajar dr mereka kan?

YanaMIB berkata...

otai blogger tu..sbb tu layak tercalon 6 finalist blogger of the year =)

CMRatu Fotografi berkata...

hehe.. kalau amar ckp macam ni.. saya ni jauh sekali la.. :)

AMMAR YASIR berkata...

@yatie Awang betulll... Ammar pun banyak belajar dari Bro Ben

AMMAR YASIR berkata...

@YanaMIB Memang otai pun...hehehehe

AMMAR YASIR berkata...

@CMRatu Fotografi iSH..TAK LAH.... Tak jauh kalau kuat usaha

misz sheyla berkata...

XPE...MERANGKAK DULU..KALO BERLARI TERUS PUN SUSAH...T DAH JATUH X TAU CANE NAK BGUN SEBAB KITE TAK BELAJAR MERANGKAK....EH..FAHAM TAK?????*cam x caye lak ms type komen cenggini

Mama Zharfan berkata...

Ben tu blogger full time ker?