14 Jul 2011

Jemputan ke Graduan® Aspire 2011 Career & Postgraduate Fair

CachedImage.axd

Tadi buka facebook ada satu jemputan yang agak menarik dari 1tube:
Salam Sejahtera,


Merujuk kepada perkara di atas serta perbincangan yang telah
dilakukan tempoh hari, kami ingin memohon jasa baik pihak
Sahabat Blogger untuk bekerjasama bersama-sama dengan pihak
1Tube dalam menjayakan sebuah program
Graduan® Aspire Career & Postgraduate Fair yang bakal
diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 16 & 17 Julai 2011 ( Sabtu & Ahad)
Masa : 10:00 pagi – 6:00 petang
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC
Selain daripada itu, kami berharap agar Sahabat Blogger dapat
bersama-sama mempromosikan penyertaan bagi pertandingan
videografi “1TUBE @GRADUAN® ASPIRE 2011 – Kita Jumpa Di
Sana!”. Di lampirkan bersama adalah lampiran mengenai
pertandingan videografi tersebut beserta terma dan syarat-syarat
pertandingan.
Berkenaan perbincangan yang telah di buat tempoh hari, kami
berharap agar pihak Sahabat Blogger dapat mengemukan senarai
50 orang peserta yang akan menghadiri majlis pembukaan
serta “career talk” oleh Hans Isaac, Jason Lo, Harith Iskander,
dan Beautifulnara pada 16 Julai 2011 jam 9:00 pagi.
Oleh yang demikian, kami berharap agar pihak Sahabat Blogger
dapat memberi maklum balas secepat mungkin sekaligus
mempromosikan pertandingan ini. Kerjasama yang diberikan
amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Best regards,
Amira Farhana Shafaruddin
Admin 1tube.my
mia@1tube.my
012-8011006

2 ulasan:

phycrewz berkata...

ui..menarik. bagus2, sapa yg dpt pegi leh himpun kt sana nnt

A.s.t.i.n.a berkata...

baeklah.. jom!