19 Jul 2011

Kajian Terbaru Facebook Boleh Meningkatkan Produktiviti Pekerja

facebook-smileys
Sebelum ini ramai yang menceritakan facebook boleh menyebabkan produktiviti pekerja menurun dan mengganggu prestasi pekerja. Selain itu banyak syarikat-syarikat swasta mengharamkan pekerjanya menggunakan facebook semasa waktu kerja Tidak kurang juga jika dibandingkan dengan sektor kerajaan. Waktu kerja tiada facebook.

Selain itu pelbagai gejala yang tidak sihat berlaku disebabkan oleh facebook. Kes perceraian juga berlaku disebabkan oleh facebook. Namun selain keburukan facebook ada juga tersimpan seribu satu kebaikan untuk pengguna facebook.

Kajian terbaru yang dibuat oleh seorang blogger bernama Ammar Yasir mendapati facebook adalah tempat paling efisyen kepada pekerja. Sebagai contoh, pengkaji itu pernah menguruskan urusan pinjaman pelajaran Mara melalui facebook. Hanya berhubung dengan kerani bahagian tajaan dan pinjaman melalui facebook sahaja beliau berjaya menyelesaikan urusan pinjaman pelajaran.


Nota Kaki: Cerita ini adalah cerita betul. Sebarang watak dalam cerita ini tiada kaitan antara yang meninggal dunia.

3 ulasan:

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

menarik!ada kebaikan juga disebaliknya

AMMAR YASIR berkata...

Hehehe..kajian sendiri.. Perasan kan Ammar ni?huhuhuhuu

mselim berkata...

Tapi pape pn lebih banyak keburukan daripada kebaikan....

http://susukambing-mselim.blogspot.com/p/produk-baru.html