KESAN BURUK PENGGUNAAN TEKNIK SEO PADA BLOG

seo1
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Seperti sedia maklum teknik SEO adalah satu cara yang digunakan oleh blogger untuk mendapatkan traffik tinggi pada blog. Entri yang dihasilkan melalui teknik SEO ini perlulah berkualiti dan menepati kata kunci supaya entri itu tersenarai pada ranking tertinggi pada GOOGLE SEARCH. Ketepatan penggunaan tajuk atau kata kunci membolehkan entri yang dihasilkan itu berada di ranking tertinggi di engin carian.

Biasanya traffik yang terlalu tinggi akan terhasil jika entri sesebuah blog itu berada pada top ranking dan pada masa yang sama ramai pengguna internet yang menaip kata kunci itu. Sebagai contoh sebuah blog menghasilkan satu entri mengenai KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA dan entri itu berada di tangga teratas engin carian dan pada masa yang sama perlawanan itu baru sahaja tamat. Oleh itu traffik yang terlalu tinggi akan terhasil pada blog itu kerana penggunaan teknik SEO yang tepat.

Namun, keseronokan penggunaan SEO juga ada akibat buruknya iaitu boleh menjejaskan pembaca setia blog. Sebagai contoh blog Ammar adalah sebuah blog peribadi dan mungkin ramai pembaca setia selama ini tidak lagi datang ke blog ini disebabkan penggunaan entri SEO terlalu banyak. Jumlah komen setiap entri juga akan berkurangan. Oleh itu terpulanglah kepada blogger itu untuk memilihan apa yang terbaik untuk blog mereka. Jika teknik SEO adalah yang terbaik teruskan teknik itu. Tapi bagi Ammar penggunaan teknik SEO terlalu banyak juga boleh membuat blog ini tidak bernyawa dan kosong.

NOTA KAKI: Tadi baru je sembang dengan BRO UJANG pasal keburukan teknik SEO ni.

2 comments.. read them below or add one

Asakura Asakura 25 Julai 2011 4:06 PTG
masih tak fhm lagi knpa boleh kurangkan jumlah pengunjung kalau guna tips SEO nie...
tapi kdg2 pun sy perasan jgk, tgk tajuk JUVANA EPISOD 12 tapi entri entah apa2....ha3