26 Jul 2011

MALAYSIA BAKAL MENJEJAKKAN KAKI KE PUSINGAN KETIGA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014

fam
Pasukan Malaysia bakal menjejakkan kaki ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 jika menang dengan Singapura Khamis ini. Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 tanpa bolos dengan Singapura jika mahu melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Misi untuk mendapatkan dua gol bukanlah tugas berat buat pasukan Malaysia, namun yang membimbangkan adalah dari segi pertahanan pasukan. Pertahanan Harimau Malaya kebelakangan ini dilihat semakin rapuh menyebabkan kebimbangan dalam perlawanan Khamis ini.

Jika pasukan Harimau Malaya berjaya memperkemaskan benteng pertahanan tanpa dibolosi oleh Singapura Khamis ini, maka peluang amat cerah untuk Malaysia menang dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014.

Sikap ghairah pemain Malaysia kepada jaringan gol merupakan punca utama kepada kelemahan pertahanan pasukan. Kerana terlalu ghairah ingin mendapatkan gol maka pertahanan pasukan tidak dijaga rapi dan menyebabkan Singapura mudah untuk membolosi gawang pasukan Harimau Malaya.

Tugas yang penting kepada K Rajagobal adalah memastikan anak buahnya mengukuhkan pertahanan pasukan jika mahu menang dalam perlawanan Khamis ini. Tugas itu tidaklah begitu berat jika pemain Harimau Malaya menunjukan disiplin yang tinggi ketika perlawanan itu nanti.

Tiada ulasan: