30 Jul 2011

NORMAN, MEMEY BEBAS TUDUHAN KHALWAT

picture memey 5
Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur membebaskan tuduhan liwat ke atas pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Salehan Yatim semalam. Keputusan itu dilihat sebagai hadiah perkahwinan buat pasangan itu yang bakal melangsungkan perkahwinan pada September ini.

Tiada perasaan yang boleh digambarkan melainkan syukur kepada Allah kerana perkara ini berlaku terlalu lama iaitu sejak tiga tahun lalu.

Kedua-duanya mengesat airmata tanda gembira. Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, didakwa berkhalwat di sebuah premis pejabat di Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Okt 2008.

Namun, keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam membuktikan bahawa kedua-dua pasangan itu tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan 3 tahun lepas.

Tiada ulasan: