31 Jul 2011

PETUA SENANG UNTUK MENJADI KAYA

gambar-sedekah1

Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Disaat kita susah tiada siapa yang ingin membantu. Seperti kata orang semasa senang ramai je kawan yang dekat tapi bila susah semuanya lari. Saat itulah yang mengajar kita yang mana kawan dan yang mana lawan.

 

Tetapi di saat kita susah adakah kita terdetik untuk berputus asa? Aku ni tak ada duit, tak ada sape nak kawan dengan aku. Ada kawan semuanya lari sebab aku susah. Anggapan itulah sebenarnya penghalang kita untuk menjadi insan yang berjaya. Buang segala anggapan itu untuk terus berjaya.

 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, sentiasa memberi hamba-Nya peluang dan ruang untuk meminta dan berdoa. Doa adalah sesuatu yang sangat penting dalam menggapai sesuatu kejayaa. Insyaallah segala kesusahan dan kepayahan yang kita terima hari ini akan terbalas dengan kejayaan kita di suatu hari nanti.

 

Ingatlah bahawa kesusahan yang kita alami sekarang sebenarnya tidak sesusah atau sedaif manusia yang berada di negara-negara mangsa peperangan seperti Palestin dan sebagainya. Amalkan sikap suka memberi dan bersedekah kerana sesungguhnya itu adalah kunci segala kekayaan.

2 ulasan:

dylla abas berkata...

dah jumpa manusia yg hanya dtg masa kita senang..bila kita susah dia hilang..tp bila dia susah tau pula dia nk cari kita balik..lumrah kehidupan..alhamdulillah, petua berdoa tu memang berkesan (",) dan sangat2 setuju "tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima"

missina berkata...

manusia ni memg gitu kan,,pandai2lah buat penilaian,,,newy ,,dtg sini membls kunjgn,,nice blog!