7 Jul 2011

PUISI: PANJI KUNING

Puisi: Ammar Yasir
Tajuk: Panji Kuning
 img_panji_2
Kuasa murka kini menguasai negara
panji kuning menjadi senjata haram.
Diragutnya baju-T serakus hati
dan diisytihar busana haram.

Kini, perca kain kita jahit semula,
menjadikan paji kuning teragung.
Warna kuning bersih menggamit jiwa,
menusuk di dalam kalbu manusia.

Apabila Raja bersuara lantang,
kuasa murka tidak lagi mampu berkata.
Kuning tidak lagi menjadi busana haram,
panji kuning bebas bersuara.



2 ulasan:

Shafiq berkata...

Puisi Politik Nie..Terbaik..

azrijohan berkata...

ehem...BERSIH ke? hahaha



http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/8wordless-wednesday.html