30 Jul 2011

RAHSIA MENJADI INSAN CEMERLANG

9535231

Alhamdulillah selesai sudah membaca buku dari hasil karya Dr.Fadzilah Kamsah yang bertajuk “Menerobos Sempadan Diri”. Bermula bacaan tengah malam semalam dan berjaya menghabiskan bacaan awal pagi ini. Sebuah buku yang sangat bagus dan membuat pembacanya ingin terus membaca sehingga habis sebuah buku ini.


Buku ini menerangkan bagaimana cara untuk kita mengenali sempadan diri yang menghalang daripada kita untuk berjaya dan seterusya memberikan tips bagaimana cara untuk menerobos sempadan diri.

Tiada siapa yang boleh menghalang kejayaan seseorang itu melainkan diri mereka sendiri. Diri sendiri adalah penghalang yang paling kuat untuk kita berjaya. Jika kit berjaya menerobos sempadan diri itu Insyaallah kita akan memperolehi kejayaan dan kecemerlangan.

Antara penghalang kemajuan diri adalah ingkar perintah Tuhan, kesan pendidikan anak ala kadar, takut dikritik, takut gagal, matlamat kabur, jahil dan sebagainya. Aspek yang terpenting dalam mencapai kejayaan adalah menetapkan matlamat kerana tanpa matlamat kita tidak mungkin mengecapi kejayaan dan kecemerlangan.

Ingatlah bahawa hidup tanpa matlamat ibarat seperti menembak tanpa sasaran. Belajarlah cara untuk menjadi insan cemerlang kerana kecemerlangan itu bukan sesuatu yang mustahil untuk dimiliki. Bepeganglah pada kata-kata “tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu”.

1 ulasan:

Nazihah@Jiha berkata...

Alhamdulillah,dah ada buku ni ^_^
mumtaz!!

ahlan wa sahlan marhaban ya Ramadhan ^_^ salam Ramadhan!