26 Jul 2011

TUTORIAL TUKAR TITLE META TAG BLOG SUPAYA TAJUK BERADA DI DEPAN DAN NAMA BLOG DI BELAKANG(TIPS SEO)

SEO_Doctor
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin semua blogger yang tak tahu pasal SEO ni nak tahu bagaimana cara untuk buat teknik SEO ni kan? Caranya mudah sahaja sebenarnya jika kita rajin mengkaji dan terus mengkaji. Langkah pertama dalam melakukan teknik SEO ni adalah memastikan blog anda itu mesra engin carian. Mesra engin carian adalah aspek yang sangat penting untuk blog anda tersenarai di dalam kedudukan tertinggi keputusan engin carian.

Sebagai contoh jika anda menaip perkataan “tutorial like button pada entri” di google search blog Ammar tersenarai di ranking kedua dalam keputusan engin carian ketika ini. Itu adalah salah satu teknik SEO yang telah berjaya Ammar buat selama ini. Jika anda mahukan blog anda mudah di index oleh google cara paling mudah adalah menukar meta tag itu.

Penukaran supaya tajuk entri berada di depan dan nama blog berada di belakang adalah sangat perlu. Itu adalah sangat penting kerana ramai yang inginkan maklumat bukannya inginkan nama blog anda. Ramai orang yang menaip kata kunci di google search untuk mencari maklumat. Oleh itu jika meta tag blog anda tidak ditukar mungkin susah untuk blog anda tersenarai di kedudukan tertinggi engin carian disebabkan nama blog anda berada didepan dan di ikuti tajuk entri atau kata kunci itu di belakang.

Berikut adalah Tutorial Cara Untuk Menukar Meta Tag Blog:

Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.


Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2
Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <title><data:blog.pagetitle/></title> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.


Langkah 3
Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod <title><data:blog.pagetitle/></title>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.
 
 
Selamat mencuba.

10 ulasan:

Panggil aku Han berkata...

thanks utk tuto ni :)

APAN berkata...

tq... :)

iTU AKHiL berkata...

tq bro..
tp brape lama masa diambil utk update kat search engine??..
sbb lepas buat tu masih tajuk blog didepan

wan hayden berkata...

Tq.. berhasil :)

dunia gadis kedah berkata...

sangat menarik.. nak cuba

Ahmad Zaki berkata...

Assalamualaikum...

Ada dua tiga kod untuk tujuan seperti ini dan salah satu blog saya menggunakan kod seperti di atas dan apabila ianya disimpan, ianya terus sahaja menjadi....

kamil salleh berkata...

Tutorisl yang amat bagus, rupanya tak mesra SEO jika berada di depan nama blog kita.

hidayah898 eec berkata...

Thanx good info

hidayah898 eec berkata...

Thanx good info

Hidayah Abdul Kadir berkata...

Alhamdulillah, berjaya buat ikut tutorial ni. Jazallahu khairan jzk share ilmu ni. =)