AKU RINDUKAN VESPA UJANG 9897

vespa
Teringat lagi dulu. Masa aku mula-mula blogging Ujang9897 adalah antara rakan blogger yang sama-sama lahir. Blog aku lahir pada bulan 12 tahun lepas. Tak silap blog ni lahir 10/12/2010. Betul dak Ujang? Blog Ujang lahir awal 2 hari dari blog aku ni.

Masa tu memang best gila blogging sebab semua rakan-rakan blogger sporting. Walaupun kitorang tak pernah jumpa tapi kemesraan tu ibarat macam dah lama kenal. Kitorang asyik blogwalking sana-sini untuk mencari kawan baru di dunia blogging.

Tak silap aku entri pertama dari Ujang adalah pasal berak kan? Betul dak? Betul kan? Serius aku bangga dengan Bro Ujang ni sebab semangat dia tu akhirnya membuahkan hasil. Cuba bayangkan, blog yang lahir sama bulan dengan aku ni dah semakin dikenali ramai dan tersenarai TOP 10 Blog Personal Melayu. Hebat bukan? Kata orang, usaha itu adalah kunci kepada kejayaan. Tanpa usaha yang “gila-gila” kita tidak mungkin mendapatkan hasil yang “gila-gila”.

Tahniah Ujang, segala usaha selama ini terhasil. Apa yang aku tabik dengan Ujang ni adalah walaupun dia dah jadi blogger femes sekarang ni tapi masih lagi suka blogwalking. Selalu datang blog-blog rakan blogger dan bagi komen. Tu yang aku tak boleh lawan dia. Rajin gila blogger yang kuat kentut ni. Bhahahaha…

6 comments.. read them below or add one

Cikgu Fikri Cikgu Fikri 26 Ogos 2011 11:58 PTG
huhuhu..
masa tu aku menyaksikan peningkatan ko dan ujang dlm dunia blog..tahniah :)
Mama Zharfan Mama Zharfan 27 Ogos 2011 9:43 PG
comel header vespa tu..
selamat hari raya utk ammar & family :)
dylla abas dylla abas 27 Ogos 2011 11:04 PG
rasa seronok nk terus berBLOGging bila ada kwn2 blog yg sporting mcm ni kan :)
Aki Aki 27 Ogos 2011 7:29 PTG
ho ho ho.. blogger otai ni singgah blog aki.. tengkiu Bro.. kalau lu mau header free.. wa ok je.. ^_^.v.. pegi je webpage Zon si Aki Karut kat fb,kontek me thru there.. Ho ho ho..