26 Ogo 2011

Aku Suka Bila Blog Aku Dikritik dan Dikutuk

Critic

Blog dikritik. dikutuk? Ya, dulu masa baru-baru aku blogging aku pernah dikritik dan dikutuk oleh Anon. Dulu Anonymous memang berleluasa tapi sekarang ni ramai dah yang berani so kurang lah sikit Anon. Perasaan semasa dikutuk? Pergh!!! Tak boleh bayang macam mana sebab tu first tima kena kutuk dalam blog. Mood masa tu memang down. Seminggu kot baru ok mood tu.

 

Tapi berbeza pulak dengan sekarang sebab aku dah tahu apa itu makna dikritik dan dikutuk. Tak payah fikirkan kritikan dan kutukan tu sebagai benda negatif tapi fikirkan sebagai benda positif. Lumrah hidup mesti ada saat kita dikritik dan dikutuk sebab kita hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.

 

Serius sekarang ni aku sangat gembira apabila ada orang kritik dan kutuk blog aku sebab sekurang-kurang aku tahu apa kelemahan blog aku dan aku boleh cuba untuk betulkan kelemahan atau kesilapan. Itulah pentingnya benda itu semua. Tanpa kritikan dan kutukan pasti kita tidak boleh jadi yang terbaik.

 

Belajar menerima teguran adalah sesuatu yang sangat perlu untuk terus berjaya dalam semua bidang yang kita ceburi. Kerana teguran itu boleh membena kita kepada kebaikan. Jadi, tak perlu sentap, putus semangat, down bila dikutuk, ditegur atau dikritik. Semua tu adalah bonus untuk kita terus berjaya.

7 ulasan:

alif haris berkata...

hehe kita pndang semua tu dari sudut yg positif ye tak :)

fiq. berkata...

haah,kadang2 kene kutuk terus ngelabah, melatah,bukan nak think positif,hekhek

dylla abas berkata...

betul tu.tp depends pd jenis kutukan jgk kot.kalau kutukan tu mmg melampau dan xleh nk diambil iktibar lgsg,pangkah terus je..hehehe...

Mama Zharfan berkata...

constructive comment is good for blog improvement :)

O'gosh berkata...

Kekalkan siap positif tu ye..

Anyway, Selamat Hari Raya Ammar..

Touya K II berkata...

Baguslah kalau macam tu , kritikan dan kutukan adalah dua benda yang berbeza .

Muhd Fadil berkata...

tapi, bila aku kritik pasal sesuatu benda, kenapa otai takleh terima kritikan? otai terus cakap aku nak jatuhkan dia..

#kekadang, budak² lagi pandai berfikir dari yang berumur. kritik dan menjatuhkan bukan benda yang sama.