APA TUJUAN AKU BERBLOG?

blogging-done-right

 

Terus terang aku cakap masa mula-mula aku berblog tujuan yang utama adalah untuk buat duit dengan blog. Sebab masa tu aku ada terbaca dalam surat khabar dan buku-buku ada orang cakap dengan blog ni boleh buat duit. Aku terasa benda ni menarik dan aku pun cubalah sebab nampak macam senang je buat duit dengan blog. Aku nak buktikan buat duit dengan blog adalah sesuatu yang benar. Akhirnya aku telah dapat jawapan tu. Memang betul dengan blog betul-betul boleh buat duit.

 

Aku berjaya menghasilkan wang dengan blog. Walaupun sedikit tetapi sudah cukup memadai untuk membuktikan dengan blog memang betul-betul boleh buat duit. Setelah lama aku berblog aku rasakan niat aku berblog sememangnya silap. Kerana apa? Kerana niat hanya sekadar untuk buat duit. Hati aku sentiasa tidak tenang kerana asyik fikirkan duit.

 

Akhirnya aku telah mendapat jawapan yang betul-betul aku cari selama ini. Berblog untuk kepuasan diri sendiri bukannya untuk duit semata-mata. Aku telah menemui semula hobi aku yang telah lama aku tinggalkan. Hobi aku adalah menulis. Dulu aku suka tulis sajak, puisi dan cerpen. Telah lama aku tinggalakan benda tu dan akhirnya dengan blogging aku dapat kembalikan kenangan itu. I love blogging.

3 comments.. read them below or add one

hakmi hakmi 26 Ogos 2011 9:38 PG
wah...nanti bolelah jadi sasterawan saiber...topik tujuan blogging ni sekali sekala update balik...best jugak...sebagai peringatan....
Andy Carroll Andy Carroll 26 Ogos 2011 1:15 PTG
buat blog semata2 minta sesuatu..
Muhd Fadil Muhd Fadil 27 Ogos 2011 5:40 PG
mana satu betul prinsip kau ni. kejap itu, kejap ini. memang tak paham. haha