11 Ogo 2011

Berbuka Puasa Dengan Rezeki Yang Paling Nikmat

78-63-large
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke-11 umat Islam di dunia ini berpuasa. Hari ke-11 berpuasa ini juga adalah hari yang paling bermakna dalam hidup aku kerana aku telah belajar erti sebenar puasa dan menemui hikmah disebalik puasa.

Hari ini ada kelas seperti biasa. Kelas start pukul 6.30 hingga 9.30. Masa break untuk berbuka puasa aku hanya berbuka dengan sebotol Jus Oren yang berjenama Tropicana Twistwer. Itulah santapan untuk hari ini.

Bukan sebab tiada duit untuk beli makanan tapi tiada rezeki. Betul, rezeki dengan duit adalah sesuatu yang berbeza. Jika seeorang tu ada duit berjuta-juta belum tentu dia ada rezeki. Sedangkan makanan yang nak disuap dalam mulut pun boleh jatuh ke tanah.

Kenapa hanya Jus Oren? Ok. Akan aku jelaskan kenapa. Masa rehat untuk berbuka tadi aku pergi lah dekat kafe dalam Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan UPM ni. Sampai je kafe, kafe tutup. Memang tiada rezeki untuk aku berbuka hari ni. Kalau nak beli makanan kat luar memang tak sempat dah sebab masa tu dah nak berbuka dan lagi satu nak keluar pun jauh. Maklumlah sem satu lagi, pergi kelas dengan bas je. Tak ada transport lagi.

Mujurlah ada mesin air minuman macam gambar kat bawah ni. So aku belilah Jus Oren macam gambar kat atas tu. Hanya Jus Oren tu sahaja yang menjadi santapan berbuka puasa. Lepas minum, solat dan masuk kelas balik.DSCF0008


Kelas habis pukul 9.30 dan balik mesti hampir-hampir pukul 10 malam baru sampai kat hostel kan? Perut tengah lapar kan? Masa balik kelas tu mestilah terbayangkan makanan je kan? Balik kelas aku pun singgahlah kafe yang berhampiran hostel ni. Sampai je kat kafe tengok kafe pun dah tutup. Tiada rezeki lagi untuk aku makan malam ini.

Ok. Lupakan. Memang hari ini sudah tersirat rezeki aku hanyalah Jus Oren untuk berbuka puasa. Aku sangat bersyukur atas segala rezeki yang dikurniakan oleh Allah pada hari ini. Aku tahu bukanlah aku sahaja yang susah seperti ini kerana ada lagi manusia yang lagi susah daripada aku. Lihatlah manusia di negara lain yang berperang, kebuluran tanpa makanan dan minuman. Aku disini sangat bertuah kerana masih lagi boleh minum dan mengalas perut.

Moral of the story: Aku sungguh nikmat berpuasa pada hari ini kerana aku telah belajar erti kesabaran. Sebelum ini aku sering leka dengan segala nikmat yang melimpah ruah yang dimiliki semasa berbuka puasa. Akulah berpuasa sampaikan makan semasa berbuka sampai penuh perut. Makan makanan itu ini sampaikan nak solat pun susah.

3 ulasan:

bukankosong berkata...

syukur...

aminnn

SoLy SoLicious berkata...

twister oren..feveret tu..hehee.... btw, same la kite FEP..tp awk UPM, sy UKM..teeheeee

dylla abas berkata...

alhamdulillah.rezeki jgk tu kan :)