EPL: KEPUTUSAN PENUH ARSENAL VS LIVERPOOL 20/8/2011

wenger-spurs
ARSENAL 0-2 LIVERPOOL

Dalam aksi pembukaan minggu lalu, Arsenal terikat tanpa jaringan dengan New Castle manakalah Liverpool sekadar seri 1-1 dengan Sunderland di Anfield. Namun perlawanan kali ini berpihak kepada Liverpool apabila berjaya mengalahkan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates malam ini.

Malam ini Liverpool merekodkan kemenangan pertama ke atas Arsenal di gelanggang lawan sejak tahun 2000. Kemenangan ini cukup bermakna buat pasukan Liverpool kerana ini adalah kemenangan yang diidamkan selama ini.

Aaron Ramsey menghadiahkan gol sendiri kepada pasukan lawan pada minit ke-78 sebelum Luis Suarez menambahkan gol untuk pasukan Liverpool. Akhirnya pasukan Liverpool mencatatkan kemenangan keatas pasukan Arsenal. Keputusan penuh perlawanan Liverpool 2-0 Arsenal.

0 comment... add one now