JADI BLOGGER HATI MESTI KERING

hati
Untuk menjadi blogger yang berjaya niat mesti betul kerana niat itulah yang menentukan apa yang akan kita jadi pada masa depan. Kalau niat pun dah tak betul maknanya masa depan blogger tu memang jadi tak betul jugak lah kan?

Niat semua orang boleh buat. Sebagai contoh hari ni aku niat nak jadi blogger berjaya dalam masa 1 tahun lagi, nak dapat traffik ratusan ribu sehari dan nak dapat 4-5 angka sebulan dengan blog. Niat macam tu semua orang boleh kan? Tapi nak capai niat tu sebenarnya ramai yang gagal.

Antara sebab gagal adalah “hati tidak kering”. Ya, memang betul kita nak berjaya tapi dalam proses kejayaan tu mesti ada rintangan kan? Bila je kita dapat rintangan terus putus semangat, tak ada mood lepas segala usaha tidak berhasil. Sikap inilah sebenarnya kita perlu buang supaya niat kita tercapai.

Kata orang kalau nak berjaya dalam pelbagai aspek hati mesti kering. Kering bukan kepada keburukan tetapi kering kepada kebaikan. Kalau kita rasakan benda itu betul dan tidak langgar peraturan teruskan dengan hati kering itu. Jangan pedulikan semua lalat-lalat pengacau tu. Insyaallah kejayaan pasti menjadi milik kita.

3 comments.. read them below or add one

avam ming avam ming 23 Ogos 2011 4:39 PTG
yeahh !!! hati mesti kering, telinga mesti tebal bro !!!
Acik Acik 23 Ogos 2011 4:42 PTG
sedang cuba utk keringkan hati .... :)
an nyek an nyek 23 Ogos 2011 6:21 PTG
hati gua mmg tengah kering nie beb...tak minom air lepas sahur dr td ag..hehehe