7 Ogo 2011

KENAPA PERLU BEREBUT NAIK KOMUTER?

76893_para_calon_penumpang_kereta_berebut_masuk_di_stasiun_pasar_senen__jakarta
Semalam cuti dan kebetulan kawan Ammar ajak berbuka puasa. Orang nak belanja mestilah semangat nak pergi kan? So bermulalah perjalanan menuju ke Masjid Jamek. Masa perjalanan pergi ok je sebab tak lah ramai sangat yang naik komuter.

Selepas selesai berbuka puasa Ammar pun naik komuter dekat KL Sentral. Dari KL Sentral ke Serdang. Tapi apa yang Ammar tak puas hati adalah sikap segelintir rakyat Malaysia ni. Sikap “TAK SABAR” ada je di mana-mana.

Paling Ammar bengang bila time nak naik komuter. Yang nak naik komuter ramai dan yang nak keluar pun ramai so terjadilah pertembungan bila ada sikap “TIDAK SABAR”  segelintir rakyat Malaysia yang dikatakan “berbudi bahasa” ni.

Sepatutnya bagi lah orang keluar dulu barulah masuk komuter tu kan? Ni tak, semua pergi serbu nak masuk sampaikan orang yang nak keluar tu tersepit dan susah nak keluar. Semalam kesian Ammar tengok sorang perempuan tu. Nak keluar tak dapat sebab semua orang masuk. Last-last mujurlah boleh keluar jugak. Sampaikan perempuan tu menjerit bila dah keluar dari komuter.

Kalau ikutkan hati yang panas ni Ammar ringan je mulut nak sound kat orang-orang tak sabar tu tapi sabar je. Kenapa diorang tak fikir benda tu ek? Pentingkan diri sendiri betul lah. Tak faham Ammar dengan rakyat Malaysia yang dikatakan “berbudi bahasa ni”.

2 ulasan:

kaizen berkata...

nak buat mcm mane ni la mentaliti rakyat Msia...

latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

kimiez berkata...

sebab tue jugaklah, time keje kl dulu.. bila dah sampai stesen yg dituju, kimie trus g klinik amik mc..xde mood nk g keje dh..