KESAN BURUK KAHWIN MUDA

wedding-rings
Menamatkan zaman bujang seusia 14 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki bukan perkara asing sebelum kemerdekaan negara ini. Malahan menjadi lumrah bagi setiap kaum yang berada di Malaysia sewaktu itu.

Kalau sudah ada jodoh jangan dibiarkan ia pergi. Segeralah berkahwin kerana perkahwinan boleh mengelakkan daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan. Jika sudah dilamar oleh sang kumbang, sang bunga sepatutnya setuju andai hati sudah berkenan.

Trend kahwin mudah bagaimanapun telah berubah selepas kemerdekaan negara ini. Anak-anak mudah mula berlumba-lumba memantapkan status kehidupan seperti mencari ilmu, bekerja sehingga berjaya menghasilkan duit yang banyak dan keadaan ekonomi yang baik barulah mereka memikirkan soal perkahwinan.

Namun, di era globalisasi seperti hari ini trend kahwin muda mula menjadi satu gaya hidup dalam masyarakat. Semakin hari semakin ramai yang kahwin muda.

Kajian Hubungan Etnik oleh sekumpulan pelajar tahun dua Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati perkahwinan membabitkan pasangan berusia bawah 20 tahun semakin meningkat khususnya di kalangan orang Melayu.

Kahwin muda mempunyai kebaikan dan keburukannya. Tetapi kebanyakkan kes penceraian yang berlaku di negara ini adalh disebabkan kahwin muda.

Pasangan yang berkahwin muda biasanya mempunyai masalah kewangan kerana status ekonomi si suami muda biasanya belum stabil seusia belasan tahun atau sekitar 20-an. Ini memberikan tekanan hidup dan mula menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga.

Rumah tangga mungkin retak akibat pergaduhan sesama pasangan. Pergaduhan semakin memuncak dan tekanan hidup akibat kewangan yang tidak kukuh boleh mennyebabkan berlakunya kes penceraian.

Sikap pasangan yang belum matang juga antara sebab berlakunya kes penceraian dalam perkahwinan yang digelar “kahwin  muda”. Bagaimanapun, kes ini mungkin tidak terjadi jika pasangan itu bijak mengawal situasi yang tidak baik dalam perhubungan.

5 comments.. read them below or add one

dylla abas dylla abas 24 Ogos 2011 9:43 PG
SETUJU dengan entri ni..!! tapi last para tu mmg betul la.kalau kita bijak dan tahu macam mana nak handle kehidupan selepas kawen,semua masalah insyaAllah boleh diselesaikan..
Dynda Dynda 24 Ogos 2011 12:12 PTG
aah kn, majority kes penceraian berlaku dlm golongn yg kawen muda. dh masing x matang, x dapek nk nolong la..
momokmomok 25 Ogos 2011 6:44 PG
kawin muda tu memang bagus utk mengelakkan perkara2 yang tak diundang tapi kena sabar dlm byk pekara jgn ambil mudah dlm segala hal maklum la masih muda. apa2 pun gua sokong kawin muda
sabree hussin sabree hussin 31 Januari 2012 1:20 PTG
buat apa pun kalau tak ada ilmu.. semua jadi buruk