28 Aug 2011

KOLEKSI AYAT UCAPAN(SMS) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

kad-selamat-hari-raya-1428Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedar tidak sedar kita dah hampir di penghujung Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri kita tidak lama lagi. Dijangka tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada 30 Ogos 2011. Insyaallah pada tarikh itu Umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah selama sebulan berpuasa.

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Malaysia sekarang apabila tiba Hari Raya SMS dijadikan sebagai medan utama untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Tidak hairanlah jikalau berbagai ayat-ayat SMS yang diterima pada Hari Raya kerana rakyat di Malaysia terkenal dengan budi bahasanya. Bahasa yang indah-indah selalu kita dapat pada Hari Raya. Berikut adalah Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya yang selalu diguna jika menjelang Hari Raya:

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”
 
“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..”
 
“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..”
 
Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”
 
“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..”
 
“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..”
 
“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin..”
 
” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”
 
Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri”
 
“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”
 
“Ketupat dan rendang juadah raya, mari dimakan bersama Keluarga, Ampun dan Maaf pohon bersama, agar bahagia sepanjang masa..”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...