MAKSUD LAMBANG MONSTER ENERGY | TAKTIK KRISTIAN MENYESATKAN UMAT ISLAM

87217
MAKSUD DISEBALIK LAMBANG MONSTER ENERGY
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada masa kini jenama Monster Energy sudah tidak asing lagi dalam dunia permotoran. Pelbagai produk yang dikeluarkan oleh Monster Energy seperti helmet, sticker, sarung tangan, dompet dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, Monster Energy dahulunya merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.

Produk ini terus berkembang di seluruh dunia dan terhasillah pelbagai jenis produk lain yang berjenama Monster Energy selepas itu. Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.

Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.

Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.

Kini di Malaysia semakin ramai anak-anak muda yang menggilai jenama Monster Energy. Pelbagai produk yang berjenama Monster Energy yang digunakan oleh anak-anak muda sekarang antaranya ialah topi, sticker, helmet, baju, sarung tangan, dompet dan banyak lagi.

Mudah-mudahan kita mengambil pengajaran daripada info ini dan tidak terpesong dengan dakyah yang dibawa Kristian yang bertujuan untuk menyesatkan Umat Islam.

Sila sebarkan berita penting ini demi Islam. Klik butang share di bawah ini.

6 comments.. read them below or add one

Kampung Balimbang Kampung Balimbang 13 Ogos 2011 5:01 PTG
berhati-hatilah dengan agenda jahat mereka..
udin udin 13 Ogos 2011 6:32 PTG
haru aih.. mcm agenda diorang nih! hurmm..
Awan Biru Awan Biru 13 Ogos 2011 7:21 PTG
Ya tak ya juga sebab Awan tengok ganjil saja huruf O dia tu. Ada kawan Awan tu selalu pakai baju berlambang Monster ni.
ENGINEER ARASH ENGINEER ARASH 27 Disember 2011 7:05 PG
salam

mntk share info ini n dapat dihalalkan k...
Tanpa NamaTanpa Nama 16 Februari 2012 12:04 PTG
Haru betul membaca arikel ni.. harap penulis artikel bersikap lebih open minded

E