NUFFNANG BERMASALAH LAGI

nuffnang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Apa khabar semua, macam mana dengan puasa ok ke tak? Hari ni dah masuk hari kedua umat Islam berpuasa. Harap semua dapat menahan diri dari perkara-perkara yang tidak baik. Bukan menahan diri dari lapar dan dahaga je kan?

 

Bercerita pasal Nuffnang ni. Pagi tadi Ammar buka blog ni dan tiba-tiba iklan nuffnang tu error. Tak tahu lah kenapa. Bila buka akaun nuffnang je Ammar tengok bahagian analitik tu semuanya kosong. Tiada pengunjung langsung yang dikesan oleh nuffnang. Maknanya dari pukul 12 tengah malam semalam lah iklan nuffnang ni tak keluar kan?

 

Hairan dan pelik bila buka bahagian manage blog tiba-tiba URL blog Ammar pun tak ada. Akaun tu tak didaftarkan pada sebarang blog. Padahal blog Ammar ni lah yang didaftarkan dekat akaun tu. Masih keliru kenapa jadi begini.

 

Tapi apa-apa pun bersyukur sangat-sangat sebab duit dalam akaun nuffnang tu masih ada lagi. Kalau duit pun hilang memang nuffnang ni nak cari pasal betul lah dengan Ammar. Harap-harap masalah ni akan selesai tak lama lagi. Bila buka laman web nuffnang tu pun bermasalah jugak. Blog korang kena macam ni jugak ke? Kongsi-kongsi lah.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Faizal Fredley Faizal Fredley 2 Ogos 2011 1:21 PTG
aku dgn income sekali hilang..demm
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 2 Ogos 2011 1:25 PTG
Yeke bro? Jem lah macam tu... Jom bersuara ramai-ramai
abdullah gazali abdullah gazali 2 Ogos 2011 1:40 PTG
btol btol...
nuff skang masalah sikit..
analitic hilang..
earning pon ada yang hilang..
mawarseri mawarseri 2 Ogos 2011 1:46 PTG
wah korang earning byk ek...kita budak baru belajar ...x tau menda pong...emmm, tq again ammar sudi follow aqak...n bleh lah sertai contest x lama lagi...hadiah from mumbai menanti...just tuk folower aqak yg x ramai tu, maybe leh lah terpilih coz mmg x ramai
cik violet cik violet 2 Ogos 2011 3:15 PTG
perghh..earning ade y hilang..huhu..

ap masalah nuff ea?
H.J H.J 2 Ogos 2011 3:24 PTG
saya punya problem kat iklan tu..dia cakap typo menda la..mmg iklan tak kuar la..tapi kat site nuff..duit ada lagi..haha
Munna Munna 2 Ogos 2011 3:25 PTG
kat tweet nuffnang diorg tgh try solve the prob =)

sabo ye...td sy bukak web nuffnang ok lg, xde mslh..
hanif hanif 2 Ogos 2011 4:52 PTG
bila dah banyak pelanggan...sistem banyak ler error kalau tak buat improvement
Marya Hana Marya Hana 2 Ogos 2011 5:49 PTG
sama lah, i punya pon kadang2 problem..
Awan Biru Awan Biru 2 Ogos 2011 10:05 PTG
Dah lama tak tengok akaun nuffnang.