9 Ogo 2011

SELAMAT TINGGAL CINTA

love-wallpaper-love-4187609-1920-1200
Cinta adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat, disentuh atau dipegang tetapi cinta itu dapat dirasai dengan hati yang tulus mencintai. Kadangkala aku terlalu leka bila cinta itu datang. Aku tidak menjaganya dengan setulus hatiku mencintainya. Aku telah menerima akibatnya. Sesungguhnya aku tidak layak untuk mencintai dan dicintai kerana aku bukan lelaki sempurna.

Mencintai dirimu adalah sesuatu yang terindah dalam hidupku. Tetapi aku bukan seorang insan yang mampu memiliki cinta itu. Aku hanya insan kerdil yang mengemis cinta dari sang pencinta. Kau yang bernama cinta, aku terpaksa melepaskan dirimu. Kerana aku percaya kepada jodoh.

Jika ada jodoh antara kita berdua seribu tahun juga akan mungkin bertaut kembali. Jika tiada lagi jodoh mungkin setakat ini sahaja hubungan kita. Aku yakin kepada cinta kerana cinta itu tidak semestinya memiliki. Hanya insan yang paling bertuah sahaja yang mampu memiliki cinta. Aku bukanlah insan yang bertuah. Aku hanya insan biasa yang tidak mampu memiliki cinta itu.

Sesungguhnya cinta yang kekal hakiki adalah cinta kepada Allah dan Rasul. Tiada cinta yang seagung cinta kepada Allah dan Rasul. Aku sedar siapa diriku ini untuk memiliki cinta yang tidak pasti bukanlah mudah. Selamat tinggal cinta. Semoga cinta itu pergi dengan bahagia dan tenang.


YANG TERINDAH
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah








7 ulasan:

'yAnA' Cute berkata...

Cinta yang hakiki tdak dptku miliki shgga kini..sedih ...:(

cmne na dpt cinta sang kekasih nie yea Ammar...

GR berkata...

cintakan Allah, dan Allah akan kurniakan cinta terbaik untuk kita :)

Tukang Godam berkata...

waaahhh sweetnya entry... hehehe



Entry : wayang 3D dirumah

H.J berkata...

saya datang untuk memberikan cinta kepada ammar..haha

Ayuni berkata...

jiwang....

Adem and Cats berkata...

maybe tuhan dah sediakan insan yang lebih baik utk kita...sabarlah ...

ademncats

dylla abas berkata...

setuju : kita mencintai seseorang tak semesti kita akan memiliki cinta itu

p/s : setiap kita akan ada rasa cinta di hati, akan memiliki cinta satu hari nanti.tapi, diri ini lebih bertuah jika kita memiliki cinta yang hakiki (",)