10 Ogo 2011

SUNGGUH INDAH BILA MEMILIKI

lo
Sungguh indah bila kita memiliki dan terlalu indah jika kita dimiliki. Tetapi adakah kita menghargai jika kita memiliki? Persoalan yang sering terdetik dihati apabila kita tidak lagi memiliki. Semasa memiliki kita seolah-olah leka, pekak dan tuli dengan semua persoalan yang patut terdetik dihati.

Bila kita tidak lagi memiliki semuanya bagaikan daun-daun kering yang rapuh ditiup angin. Tidak berguna lagi erti hak atau harta. Harta yang dimiliki tidak mungkin menjadi hak mutlak kerana Sang Pencipta berhak menarik segala nikmat itu diwaktu kita sedang leka, pekak, buta dan tuli dek keindahan memiliki.

Apa lagi makna memiliki jika hati kita tidak dimiliki? Tiada makna lagi jika kita memiliki dan tidak dimiliki. Hanya insan yang betul-betul bertuah sahaja yang dapat memiliki dan dimiliki. Soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang senang untuk dimiliki dan memiliki. Aku hanya berdoa kepadamu Ya Allah. Berikanlah seorang insan yang betul-betul dapat memiliki hatiku ini dan aku juga dapat memiliki hatinya.

6 ulasan:

ChentaEty berkata...

salam.kebetulan jalan2 kat sini..tbaca plak entry y menarik ney..=)em,apapon..hargailah setiap apa y b'ada dihadapan kita..x kira baik ke buruk..y penting..try to appreciate..em,dha follow blog awk..kalo ada masa..jalan2 la kat blog sy plak..if u feel free..=)

An Najwa berkata...

itulah lumrah kehidupan.

bukankosong berkata...

bila dh takde baru nak menghargai

lumrahla tu

aku pun penah rasa

nadia fatihah berkata...

selalunya kita alpa dengan ape yang kita miliki,,terlali jarang nak hargai. tapi bila kita kehilangannya,baru la kita terhegeh2 cari balik kan... lumrah kehidupannn :D

H.J berkata...

semuanya bukan hak milik kekal.

dylla abas berkata...

dapat memiliki kasih dan rahmat Illahi tu lebih baik kan (",)