16 Sep 2011

(BERITA TERKINI) SAFEE SALI DIHANTUI KECEDERAAN SEMASA SESI LATIHAN BERSAMA CARDIFF CITY

SAFEE SALI DIHANTUI KECEDERAAN LAMA SEMASA SESI LATIHAN BERSAMA CARDIFF CITY
Safee-Sali-Pelita-Jaya1
Berita terbaru yang diterima dari Fan Page Safee Sali di facebook memberitahu bahawa pemain kebangsaan itu dihantui kecederaan lama. Safee Sali yang terpilih untuk menjalankan ujian pemilihan selama dua minggu bersama kelab Cardiff City merupakan pemain bola sepak Malaysia pertama yang berangkat ke London untuk sesi ujian pemilihan untuk kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Untitled

Kecederaan tersebut menyebabkan Safee kurang selesa, terutamanya semasa melakukan percubaan jaringan, selain turut menganggu konsentrasi penyerang prolifik itu semasa cuba mengatasi asakan pemain pertahanan sehingga menyebabkannya terpaksa berehat seketika sebelum kembali menyambung sesi latihan.
 
Masalah tersebut bagaimanapun ternyata tidak menghalang Safee daripada mempamerkan aksi yang terbaik apabila masih berjaya menjaringkan satu gol semasa sesi latihan itu.
 
Ikuti berita jaringan gol pertama Safee Sali di Cardiff City KLIK SINI dan koleksi gambar Safee Sali di London KLIK SINI.



Tiada ulasan: