18 Sep 2011

BLOG AMMAR TERSENARAI DALAM BLOG TERBAIK DI SITE RANKING PING BUSUK

Untitled
Sekarang aku mampu tersenyum atas hasil usaha aku selama ini. Kata orang bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Serius memang susah nak capai tahap macam sekarang ni sebab banyak cabaran dan rintangan. Kena berhati-hati dalam bidang penulisan blog ni sebab kalau tersilap pasti buruk padahnya.

Walaupun kejayaan ini bukanlah kejayaan yang tertinggi aku dalam penulisan blog tapi aku tetap bersyukur kerana segala usaha aku selama ini berhasil. Terima kasih kepada semua pembaca yang setia datang ke blog ini walaupun blog ni tak sampai lagi setahun.

Perjalanan masih panjang untuk berjaya dalam dunia blogging ni. Aku sedar bukan senang nak dapat traffik ribu-riban sehari macam sekarang ni. Harap-harap traffik ni kekal dan meningkat dari hari ke hari. Amin. Aku doakan rakan-rakan blogger turut berjaya dalam dunia blogging.

1 ulasan:

Dylla Abas berkata...

wahhh..congrats!!