DATUK SERI NAJIB MANSUHKAN ISA DAN AKTA BUANG NEGERI

8ad619c188b30c1edcf20be2023297b7
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia malam semalam. Perdana Menteri juga memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.
"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.

 
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
 
"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambah Datuk Seri Najib.



1 comment... add one now

abu idris abu idris 17 September 2011 1:33 PG
arrayah.info - Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam