23 Sep 2011

JAKIM SAHKAN DIALOG HANTU BONCENG TIDAK PERSENDA NABI MUHAMMAD

filemgambar.php
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.
"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam. - BERNAMA






5 ulasan:

JOJO berkata...

DLM FILEM TU PUN ADA SCENE LAIN YG BKN SETAKAT HINA ISLAM, TP HINA ALLAH SECARA TIDAKA LANGSUNG. YG MANA SI DOKTOR TU BOLEH CKP PD ZIZAN YG KEMALANGAN LEBIH KURANG GINI “AKU PUN TAK TAHULA, KENAPA SUSAH SGT TUHAN NAK AMBIL NYAWA KAU”. BUKAN KE BODOH JAHIL NAMANYA TERUTAMA AYAT “SUSAH” TU.

LG SATU, DITUNJUKKAN SELAMBANYA ORG ISLAM ZAMAN SKRG YG TANPA SEGAN SILU BOLEH DUDUK SERUMAH TP BERLAINAN BILIK.

NTAHLA, YG PEMBUAT SKRIP DAN PELAKON TU MUNGKINLA JAHIL, TP LPF PUN NMPKNYA SAMA JE TAHAP JAHILNYA. NO WONDER CERITA2 TAHYUL MAHYUL, PENUH ADEGAN SYAHWAT BERMAHARAJALELA. BETUL KE ADA ULAMA (BISU???) DLM LPF.

Tanpa Nama berkata...

Apa nk heran.. adegan peluk2 dh lama boleh, adegan ranjang pun dh bole, adegan bogel 99% dh boleh, cuma aku tunggu bila adegan cium bole pula kt tv. kt intrnet dh ramai artis cium2, tp xprnh kena gam pun. ya la, nk maju kn....

Mohd Shukri Fadzillah berkata...

bodoh ke apa. nak kena petir baru nak ingat? lambat. sebab ko dah mampus hahahahahahahahaha!! (aku bukan hentam pemilik blog)

Tanpa Nama berkata...

walaupun ianya tidak menghina nabi Muhammad saw atau Islam, tetapi adab kita dengan rasulullah perlulah dititikberatkan. misalnya berselawat dan mngucap kalilmah syahadah, kita perlu mnggunakan nada suara yg sederhana dan x lantang. tp yg zizan ni hentam sampai nak didengari satu hospital tu. ingatlah, jangan la hanya nak buat lawak ja. ianya boleh mndatangkan satu bahan ketawa!!

Tanpa Nama berkata...

cerita ni mmg sampah. personally, aku pasni ban ah sumer cite ahmad idham. low class