17 Sep 2011

KOLEKSI GAMBAR PERKAHWINAN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN 16 SEPTEMBER 2011

Tarikh 16 September 2011 merupakan tarikh keramat buat pasangan artis tanah air ini. Semalam 16/9/2011 pasangan Eira Syzira dan Azad Jasmin selamat diijabkabulkan.
Akad nikah dilakukan ayah Eira sendiri, Shuhaimi Acheh pada jam 8.50 malam dan dengan sekali lafaz Eira Syazira sah milik Azad dengan disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.
3YJ4Y
Eira menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang kepada Azad yang ditaja sepenuhnya Zaha Wedding Planner dan Ari Wedding Couture. Selain jam tangan, tas tangan lelaki, kasut dan tali pinggang, pihak Eira turut menghantar jambangan coklat, gubahan buah-buahan, sejadah dan al-Quran, sirih junjung, satu set barangan sukan dari jenama pasukan bola sepak kegemaran Azad, Chelsea dan sepersalinan baju Melayu berwarna putih.
 
Malah, sebentuk cincin yang dirahsiakan harganya juga dikirimkan buat Azad. Manakala pihak Azad membalas dengan beg tangan berjenama Tod’s, jam tangan Fossil, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat, telekung, sejadah, al-Quran, sirih junjung, iPad2 serta sebentuk cincin berlian.

ngoc5

6154245634_fabc75cdba_b

AZAD JAZMIN / EIRA SYAZIRA / MAJLIS PERNIKAHAN / PUTRAJAYA

SUMBER BERITA: ENCIK NAKAL



1 ulasan:

Ummi_R❀salici❀us berkata...

lah...dah nikah rupanya!!
alhamdulillah....suka diorang berdua :)