KUTIPAN RAYA TAK JADI RM3.1 JUTA DALAM MASA 4 HARI

poster-raya-tak-jadi-2011
Satu pencapaian yang memberangsangkan untuk Filem Raya Tak Jadi kerana dalam masa 4 hari tayangan telah berjaya mendapat kutipan RM3.1 juta. Filem arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen ini tetap mendapat sambutan hangat dari penonton walaupun sebelum ini ramai yang mengkritik filem ini.

Mugkin filem ini mempunyai kelebihan apabila pelakonnya terdiri daripada Siful Apek dan Johan Raja Lawak. Saiful Apek dan Johan Raja Lawak mempunyai peminatnya yang tersendiri dan foktor itulah yang berjaya menarik penonton.

Lawak yang spontan oleh kedua-dua pelawak tanah air ini biasanya membuat ramai penonton yang tidak kering gusi. Tahniah diucapakan kepada pengarah filem ini iaitu Prof A.Razak Mohaideen kerana telah berjaya menghasilkan filem yang “berjaya”.
rotikaya-rayatakjadi

0 comment... add one now