6 Sep 2011

REVIEW FILEM HANTU BONCENG

hantu-bonceng-5juta1
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Hari Raya semua pembaca blog ni yang beragama Islam. Korang tahu tak filem yang tengah gempak kat pawagam sekarang ni? Tahu kan?  Hantu Bonceng dah berjaya membuat kutipan RM5 juta dalam 5 hari tayangan. Filem ni memang best gila lah.

Sebab banyak baca info yang best-best pasal filem ni so semalam Ammar pun pergi tengok filem ni.First time masuk [anggung wayang dengan penuh penonton. Sebelum ni kalau tengok wayang tak lah sampai penuh panggung wayang tu.


Photo0116
Lokasi: The Mines
Sempat lagi bergambar kenangan sebelum masuk panggung wayang.

Photo0117
Cantik background kat belakang tu kan? Orang dalam gambar tu tak hensem pun kan? Huhuhuhuhuhu

Photo0115
Ammar rasa macam lain je muka Ammar sekarang sebab dulu baby lagi sekarang dah tua lah. heeeeeeee… Semalam pergi dengan kawan-kawan je sebab tak ada awek nak ajak. Jangan ingat kawan pompuan pulak ek. Ammar pergi dengan kawan-kawan lelaki je. Gambar diorang tak letak sebab tak nak bagi dia glamour. Bhahahaha…. Tak lah.. Gambar diorang tak sempat nak ambik. Ammar sorang je gila gambar. Jangan marah… Euewww….

hb1
Ok sekarang nak cerita pasal filem Hantu Bonceng pulak. Terus terang filem ni memang terbaik sebab dari mula hingga akhir banyak part-part lawak dari Amran(Zizan). Mula-mula Amran ni merempit dan bila menang race tu dia dapat habuan seorang perempuan cantik iaitu Maya(Juliana Evans). Masa dia nak bawak Maya pergi balik rumah untuk “diratah” tiba-tiba motor tu dilanggar oleh lori. Amran selamat dan Maya mati ditempat kejadian.

Lepas kejadian tu Amran selalu kena ganggu dengan roh Maya sebab mayat Maya tak ada orang nak tuntut. Semua latar belakang keluarga Maya orang tak tahu. Ketakutan Amran semakin memuncak.

hantu_bonceng2
Amran buat keputusan untuk jumpa bomoh sebab tak tahan dengan gangguan tu. Siap kena kutut kat bomoh tu lagi. Bhahahaha… Lawak gila. Bomoh tu pun bagi air jampi untuk renjis kat tampat kemalangan tu. Lepas tu tak jadi apa-apa jugak sebab guna ilmu bomoh bukannya betul sangat pun.

Prof Izzi
Suatu hari Amran tengok TV dan tetiba masa tu Prof Izzi yang tengah hot sekarang ni bagi ceramah. Dia cakap ramai remaja sekarang suka percaya dengan bomoh. Lepas tu Prof Izzi pesan janganlah percayakan bomoh.

6030095975_ace1baea19_o
Amran dan kawan baiknya Kunyit buat keputusan untuk jumpa Ustaz bagi bantu masalah yang dialami tu. Diorang pun insaf dan tak buat lagi perkara-perkara terkutuk. Seterusnya korang baca sinopsis kat SINI

HANTU BONCENG  2


GUA-Hantu_Bonceng_Juta_default_787080823
Kalau tak faham pasal cerita ni lebih baik korang pergi pawagam dan tengok sendiri filem ni. Gerenti tak menyesal punya sebab filem ni memang terbaik lah. Best gila. Harga tiket RM10 je pun. Kalau filem ni RM20 Ammar sanggup lagi bayar sebab cerita ni best. Untuk filem ni Ammar bagi 8 bintang.

Tiada ulasan: