22 Sep 2011

SAFEE SALI BERJAYA PIKAT CARDIFF CITY

safee sali
Semalam pasukan Malaysia telah dikalahkan oleh Jepun dalam perlawanan Kelayakan Olimpik 2012. Kekalahan 2-0 kepada Jepun bukanlah penutup semangat bagi pemain bola sepak Malaysia untuk berjaya ke peringkat antarabangsa. Berita terbaru yang diterima melalui fan pages Safee Sali, beliau mengatakan bahawa prestasinya di Cardiff City telah berjaya memikat panel pemilihan di Cardiff City. Antara kata-katanya di fan page itu adalah:
Jurulatih Cardiff, Malky McKay setakat ini puashati dgn prestasi Saffee dgn mengatakan dia adalah good player. Tetapi halangan sekarang ialah Safee tidak akan diberikan permit kerja oleh Home Minister UK krn syarat keta mrk. Ini adalah birokrasi kerajaan UK. Saya menyeru kerajaan Msia agar bantu dari segi ini krn tidak adil jika bakat yg baik dan setanding pemain Eropah tetapi hanya kerana dia asal dari negara yg ranking bwh 70, tidak boleh dpt permit. Setidaknya, sbg bekas negara jajahan British (dijajah ke?), melalui Komanwel, Safee harus dibenarkan spt mana proses Visa utk negara Komanwel. KBS dan KDN harus usahakan. Yg lain kami dah usaha.

5 ulasan:

Nizam Ijam berkata...

betul... tugas kerajaan malaysia lah y selebihnya...

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan M'sia nak kena bodek FA UK pulak? Tak tahu malu ke? Kalau dah tahu syarat-syarat FA UK, kenapa masih nak ke sana. Kenapa tak terus ke negara Eropah lain..saperti Germany untuk few years. Lepas tu kalau betul-betul bagus boleh masuk English League tanpa menyusahkan banyak pihak.

Let common sense prevail.

Tanpa Nama berkata...

apa la ko ni...senangnye cakap...main kat german la...ko ingat senang2 ke nak main kat tempat orang....ko ni xreti lain kali jgn cakap...ko pg balik kampung main guli la lagi bagus dari cakap mengarut...

lain kali buat research dulu baru cakap... paham!

Unknown berkata...

Aku dulu kerja kat UK, takde pun kerajaan Malaysia tolong, yang jelas aku ikut kehendak Home Office dan Work Permit UK department. Aku ikut syarat2 yang di beri dan aku dapat work permit utk 5 tahun dan aku dah residence UK. Dan Safee juga wajib ikut syarat2 yang di beri. Kadang2 orang2 FAM nih gembira tak bertempat. Bergelar Datuk Bangsawan tapi otak tak kesampaian. Sedarlah sikit FAM, baca dulu undang2 Imigresen negara berkenaan sebelum kasi galakkan. Liga Eropah lain lagi bagus. Bagi aku Bundesliga dan Eredivisie NL lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa nama 11:21pm,
Syarat-syarat kelayakan untuk bermain di Bundesliga German berbeza dgn syarat-syarat FA England.
BUAT RESEARCH ANDA TERSENDIRI DAHULU untuk ketahui dimana 'ranking' Malaysia dalam FIFA dan sama ada pemain Malaysia layak atau tidak untuk bermain di liga England seperti mana yg diperlukan oleh FA England.
Syarat-syarat FA England yang menyekat pemain-pemain dari negara yang tidak menepati ranking FIFA yang tertentu diwujudkan untuk mengawal kualiti liga di England.
FA German tidak seketat FA England. Jika anda sendiri membuat research terlebih dahulu, anda akan ketahui bahawa beberapa kelab di German ada menunjukkan minat terhadap Safee. Ini pengakuan Safee sendiri.
Layari walesonline.co.uk untuk mengetahui pendapat-pendapat warga disana. Anda akan ketahui pandangan-pandangan yang tertanya-tanya mengapa Safee muncul di Cardiff City sedangkan syarat-syarat FA England jelas dan sedia maklum.
Salah seorang dari tuan-punya Cardiff City adalah ahli perniagaan dari Malaysia.. dan ramai warga disana berpendapat Safee disana disebabkan pengaruh kuasa ahli perniagaan tersebut, serta kaitan publisiti yang akan menyerlahkan nama Malaysia di England.
Anda juga akan ketahui cadangan supaya Safee sepatutnya bermain di negara Eropah lain dahulu untuk beberapa tahun sebelum ke England bukannya satu pendapat yang asing.
Ianya untuk memudahkan Safee bermain di England, sapertimana yang dilalui oleh pemain-pemain negara asing lain yang tidak didalam ranking FIFA yang dikehendaki.
Persoalan sama ada ''senang-senang ke nak main tempat orang'' tertakluk kepada kebolehan pemain & syarat-syarat teknikal FA tiap-tiap negara.
BUAT RESEARCH ANDA TERDAHULU sebelum hendak membahasakan orang lain dengan perwatakan kebudak-budakan & 'bahasa pasar' awak.

Majulah Sukan Untuk Negara.