15 Sep 2011

SAFEE SALI JARING GOL PERTAMA DI SESI LATIHAN BERSAMA CARDIFF CITY

SAFEE SALI DAVID BECKHAM MALAYSIA
safeesali
Seperti sedia maklum baru-baru ini Safee Sali telah berlepas ke London untuk latihan percubaan bersama kelab Cardiff City. Berita terbaru yang diterima daripada liputan media di UK apabila beberapa laman berita UK menyiarkan berita mengenai Safee Sali -David Beckham Malaysia. Itu adalah petanda yang baik untuk mencerahkan peluang Safee Sali dalam sesi ujian pemilihannya di Cardiff City.

Safee Sali telah berhijrah dari Selangor ke Pelita Jaya, Indonesia dan sekarang sedang mencuba nasib di Cardiff City. Dikatakan Safee Sali melangkah dengan langkah kanan di Cardiff City dengan menjaringkan gol dalam perlawan percubaan dengan mengelecek 5 pemain lawan. Sebuah surat khabar tempatan telah mengelar Safee Sali sebagai David Beckham Malaysia.

Semoga Safee Sali berjaya mengharumkan nama negara Malaysia seuatu hari nanti. Ini merupak langkah pertama Malaysia untuk terkenal ke peringkat dunia. Dengan keizinan-Nya semoga niat baik Safee Sali untuk mengharumkan nama negara akan tercapai suatu hari nanti. Kita sebagai penyokong setia pemain kebangsaan ini perlulah mendoakan kejayaan Safee Sali dan seterusnya terpilih untuk menyertai kelab Cardiff City.

2 ulasan:

eszyamin berkata...

wah bangga2...

missina berkata...

rasa bersemangat lak bila baca ni,,caiyok2 Safee